Thursday, July 10, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Julai 2014/02)

Salam.

Tarikh     : 8 Julai 2014
Masa       : 4.00 petang - 4.45 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM)

Kehadiran Atlet :
9 orang atlet Lelaki
2 orang atlet Perempuan

Ulasan :

Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini agak kurang berbanding hari-hari sebelumnya. Perlepasan untuk balik awal selepas latihan telah diberikan kepada atlet yang beragama Islam. Sementara yang lain akan terus menjalani latihan sehingga jam 7.00 petang. Seperti biasa, program latihan lebih kepada perkara asas seperti lenturan badan, ayunan tangan dan lompatan. Pada pemantauan kali ini, SDO telah membuat perbincangan singkat bersama JPM berkaitan dengan pemilihan atlet untuk ke Grand FInal yang akan berlangsung pada September akan datang. Selain itu, proses mengemaskini maklumat atlet bersama jurulatih juga telah dibuat memandangkan terdapat beberapa atlet telah menarik diri daripada program atas sebab-sebab tertentu. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment