Friday, February 27, 2015

PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK - LAPANG SASAR MENEMBAK BALAI POLIS BATU KAWA, KUCHING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 27 Februari 2015
Masa : 2.30pm - 4.30PM
Venue : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa, Kuching
Jurulatih : Antsipava Tamara (JLN)
               Christina Liew (JSM)
Kehadiran : 1 orang (1L, 0W)

Latihan
1. 10M Air Pistol L

Ujian
Ujian Kecergasan dicadangkan akan dibuat pada 7 Mac 2015 (Sabtu) yang akan dikendalikan oleg pihak ISN Kuching. Perkara tersebut akan dibincang bersama pihak ISN untuk pengesahan tarikh dan masa.

Pertandingan
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 01/2015 akan diadakan pada 20 - 22 Mac 2015 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Permohonan akan dibuat dalam masa terdekat.

Peralatan
1. Semua dalam keadaan baik.
2. Jaket untuk pertandingan perlu ditambah.

Kemudahan
1. Target Mesin 10M dalam keadaan baik.
2. Target Mesin 50M dan 25M masih tidak dapat diguna.
3. Kemudahan lain perlu dibaikpulih.

Kecederaan
Tiada.

Program Binaan
Tiada.

Ulasan
1. Kehadiran kurang kerana kebanyakan atlet wajib menghadiri aktiviti sekolah dan kelas tambahan selepas cuti Tahun Baru Cina.
2. Permohonan peruntukan untuk membaiki mesin dan membaikpulih kemudahan pusat latihan akan dihantar dalam masa terdekat. Segala permohonan akan dihantar ke MSNS setelah mendapat senarai sebut harga daripada pembekal.
3. Lapang sasar 50M dan 25M masih belum diselenggara. Makluman jurulatih, ada ahli persatuan telah menderma secara peribadi sebuah mesin pemotong rumput untuk kegunaan pusat latihan.

Sekian. Terima kasih.
              
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik.

No comments:

Post a Comment