Monday, May 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 9 Mei 2015
Masa : 12.30pm
Venue : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa, Kuching
Jurulatih : Antsipava Tamara (JLN)
               Christina Liew (JSM)

Kehadiran : 23 orang (13L, 10W)

Latihan (9.00am - 3.00pm)
1. 10M Air Pistol Lelaki dan Wanita
2. 10M Air Rifle Lelaki dan Wanita
3. 25M .22 Sport Pistol
4. 50M .22 Sport Rifle Lelaki dan Wanita

Ujian
Tiada

Pertandingan
Kejohanan Sportexcel/NSC/Milo/NSAM 3rd Malaysia Junior Shooting Championships 2015.
     Tarikh : 14 - 17 Mei 2015
     Tempat : Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor

Peralatan
Semua dalam keadaan baik.

Kemudahan
Baik dan kemas

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Atlet giat berlatih sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang akan datang. Seramai 11 orang atlet (4L, 7W) akan menyertai kejohanan tersebut.
2. Perbincangan bersama pengurus pasukan Sukma berkenaan beberapa kemudahan yang perlu ditambah dan dibaikpulih. 
3. Permohonan untuk membaikpulih lapang sasar akan dihantar dalam masa terdekat. 
4. Atlet akan memduduki peperiksaan sekolah sebaik sahaja balik daripada kejohanan. 

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang.

No comments:

Post a Comment