Wednesday, March 7, 2012

Control Test - Gimnastik Artistik dan Pemantauan bersama Pegawai Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara Malaysia


Pada Sabtu, 3 Mac 2012, Control Test telah dijalankan di kalangan 14 orang gimnas sebagai persediaan ke Kejohanan Gimnastik Artistik MSSM yang bakal berlangsung pada 10 - 17 Mac 2012. Prestasi gimnas lelaki sangat baik manakala prestasi gimnas perempuan kurang memuaskan. Seorang gimnas tidak menghadiri control test tersebut kerana menghadiri kelas gantian di sekolah pada sessi petang.

Sessi latihan pada waktu pagi telah ditukarkan kepada waktu petang kerana majoriti gimnas perlu menghadiri kelas gantian di sekolah pada waktu pagi.

Pada 6 Mac 2012 ( Selasa ), Pn. Jeslina Devi Micheal, pegawai dari Cawangan Kejurulatihan datang memantau dan sessi perbincangan bersama kedua - dua jurulatih tersebut. Jurulatih telah memaklumkan beberapa isu semasa perbincangan  tersebut.

Latihan yang diadakan adalah merupakan latihan bagi persediaan ke Kejohanan MSSM. Menurut jurulatih, prestasi gimnas wanita mempunyai peningkatan.

Pn. Jeslina turut berkesempatan memantau ke Pusat Latihan Sukan Terjun yang bertempat di Kolam Renang MBKS, Padungan selepas pemantauan ke PLN Gimnastik, Petra Jaya.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Fwd: UJIAN KECERGASAN TENPIN BOWLING SARAWAK

Tarikh                  : 5 Mac 2012
Tempat               : Majlis Sukan Negeri Sarawak
Masa                   : 2.30 petang
Kehadiran Atlet : 7 orang
Jurulatih             : 2 orang

Satu ujian kecergasan bagi atlet tenpin bowling telah dijalankan di persekitaran pejabat Majlis Sukan Negeri Sarawak pada tarikh dan masa seperti berikut. Kehadiran atlet kurang memuaskan disebabkan segelintir atlet yang terlibat dengan akitvit sekolah.  Aktivit adalah dibawah kendalian Cik Christina daripada Unit ISN. Diantara ujian - ujian yang telah diadakan adalah

Anthropometry     - Height, Weight & Armspan
Strength               - Handgrip
Flexibility              - Sit & Reach
Power                  - Push up (1min)
Strenght Core     - Sit Up
Aerobic                - 20m Shuttle Run (Beep Test)

Ujian kecergasan kali ini adalah susulan daripada ujian kecergasan yang di adakan pada penghujun tahun 2011 yang lepas. Tahap kecergasan atlet menunjukkan penurunan prestasi di kalangan mereka berbanding dengan keputusan ujian kecergasan yang lepas.

Laporan Awang Fadilah


Awang Fadilah b. Jaya
PKU
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju







Pusat Latihan Baru Pelayaran - Marina Bay Boat Club, Miri, Sarawak

Selepas perbincangan semasa mesyuarat JKK, pusat latihan sukan
pelayaran di bawa program USPTN Sarawak telah ditukarkan dari Piasau
Boat Club ke Marina Bay Boat Club di Miri, Sarawak.

Bersama ini saya lampirkan gambar-gambar di sekitar pusat latihan tersebut.

Sessi Latihan Pusat Latihan Negeri Sukan Gimrama


Latihan Centralised sedang dijalankan mulai 5 Mac 2012 sebagai persediaan ke Kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Melaka pada 13 - 17 Mac 2012. Masa latihan bermula pada 9pagi hingga 12.30 tengahari.

Seramai 9 gimnas telah hadir pada sessi latihan tersebut. Latihan dijalankan dengan bantuan Lydia Wong, gimnas senior yang telah tamat Tingkatan 5 sementara menunggu lantikan jurulatih yang baru.

Latihan tetap akan dijalankan dan pihak persatuan turut hadir untuk memantau setiap sessi tersebut bagi memastikan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan akan berlaku.




--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Wednesday, January 18, 2012

Pemantauan PLN Gimnastik Artistik Kuching

Tarikh : 17 Januari 2012 ( Selasa )

Tempat : Dewan Gimnastik, Petra Jaya Kuching


Latihan tetap diadakan seperti biasa bermula pada jam 2.00 ptg dibawah JLN En. Bogomil dan Pn. Gergana. Latihan dibahagikan kepada 2 sessi latihan mulai tahun ini dimana sessi latihan petang akan dihadiri oleh gimnas yang bersekolah sessi pagi manakala latihan sessi pagi akan dihadiri oleh gimnas yang bersekolah pada sessi petang.

Menurut jurulatih, pusat latihan memerlukan beberapa apparatus/peralatan yang baru bagi menggantikan apparatus lama yang tidak lagi boleh dipakai. Ini turut mempengaruhi persiapan gimnas kepada skil dan teknik yang baru.  Beberapa perkara berkenaan dengan persiapan SUKMA dan beberapa program pembangunan turut dibincangkan semasa pemantauan ini.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak