Wednesday, March 7, 2012

Control Test - Gimnastik Artistik dan Pemantauan bersama Pegawai Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara Malaysia


Pada Sabtu, 3 Mac 2012, Control Test telah dijalankan di kalangan 14 orang gimnas sebagai persediaan ke Kejohanan Gimnastik Artistik MSSM yang bakal berlangsung pada 10 - 17 Mac 2012. Prestasi gimnas lelaki sangat baik manakala prestasi gimnas perempuan kurang memuaskan. Seorang gimnas tidak menghadiri control test tersebut kerana menghadiri kelas gantian di sekolah pada sessi petang.

Sessi latihan pada waktu pagi telah ditukarkan kepada waktu petang kerana majoriti gimnas perlu menghadiri kelas gantian di sekolah pada waktu pagi.

Pada 6 Mac 2012 ( Selasa ), Pn. Jeslina Devi Micheal, pegawai dari Cawangan Kejurulatihan datang memantau dan sessi perbincangan bersama kedua - dua jurulatih tersebut. Jurulatih telah memaklumkan beberapa isu semasa perbincangan  tersebut.

Latihan yang diadakan adalah merupakan latihan bagi persediaan ke Kejohanan MSSM. Menurut jurulatih, prestasi gimnas wanita mempunyai peningkatan.

Pn. Jeslina turut berkesempatan memantau ke Pusat Latihan Sukan Terjun yang bertempat di Kolam Renang MBKS, Padungan selepas pemantauan ke PLN Gimnastik, Petra Jaya.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

No comments:

Post a Comment