Monday, March 12, 2012

KEJOHANAN MSSS KUCHING ( 6 - 9 Mac 2012 )


Kejohanan MSSS Bahagian Kuching ke- 48 telah pun berakhir selama 4 hari berlangsung mulai 6 hingga 9 Mac 2012, bertempat di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching.

SMK Tabuan Jaya merupakan salah sebuah sekolah yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan menduduki tempat teratas dengan memperolehi 478 mata dengan meraih 34 Emas, 11 Perak dan 7 Gangsa berbanding kepada pencapaian pada tahun lepas, 24 Emas, 11 Perak dan 9 Gangsa. Menurut jurulatih terdapat peningkatan kepada prestasi atlet untuk tahun ini.

SMK Tabuan Jaya telah memenangi 5 kategori bagi Olahragawati dan Olahraragawan terbaik bagi ketiga-ketiga kategori U-14 (Lelaki & Wanita), U-15 (Lelaki & Wanita) dan U-18 bagi kategori Lelaki Sahaja. Kategori Wanita U-18 telah dimenangi oleh SMK Lundu, iaitu Asfarina Ak Jitwil. Atlet ini menjalani latihan kendalian Cikgu Rasia Lutang, ( JSM ) di bawah program USPTN Sarawak.

Ranking keseluruhan Kejohanan :

  Tempat Pertama : SMK Tabuan Jaya
  Tempat Kedua    : SMK Lundu
  Tempat Ketiga    : SMK Sematan
  Tempat keempat : SMK Tun Abg Hj Openg

Untuk makluman juga, 7 rekod baru telah dicipta dalam MSSS Bahagian Kuching untuk kejohanan pada kali ini. Seramai 104 atlet telah dipilih untuk mewakili Bahagian Kuching ke Kejohanan MSSS Antara Bahagian Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada 17 hingga 20 April 2012 di Bahagian Sibu.

Sekian, terima kasih.

Laporan dari

Dedia Sarini Ahmad
USPTN Sarawak
 

No comments:

Post a Comment