Wednesday, March 14, 2012

Pemantauan Pusat Latihan Negeri Sukan Olahraga Kuching- SMK Tabuan Jaya


Tarikh : 13 Mac 2012
Masa : 3.00 ptg

Latihan tetap dijalankan untuk persediaan Kejohanan Olahraga Remaja Sarawak yang akan berlangsung pada 24 - 25 Mac 2012 nanti di Stadium Negeri Sarawak. Bagaimanapun, latihan ini juga merupakan latihan ringan ( Light Training ) untuk atlet yang telah menyertai Kejohanan MSSS Bahagian Kuching pada minggu lepas.

Seramai 7 atlet yang menghadiri latihan pada kali ini dan atlet yang lain telah bercuti untuk satu minggu ini. Latihan untuk minggu ini akan diadakan pada sessi pagi dan sessi petang kerana cuti sekolah.

Jurulatih juga turut menekankan disiplin dan pembelajaran akademik kepada semua atlet biarpun tengah bercuti serta terlibat dalam sukan ini.

Semasa perbincangan bersama jurulatih, atlet akan sibuk bagi fasa persediaan untuk penyertaa Kejohanan MSSS Antara Bahagian, Latihan Pusat MSSM dan penyertaan Kejohanan MSSM. Dengan ini, penyertaan untuk ke Kejohanan Kebangsaan akan disertai selepas kejohanan MSSM selesai.


Dedia Sarini Ahmad

No comments:

Post a Comment