Wednesday, March 7, 2012

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU SMK (BM) SARATOK

Bagi memulakan program latihan tinju USPTN Sarawak 2012, pihak persatuan tinju Sarawak telah memilih pusat latihan tinju SMK (BM) Saratok untuk dimasukkan ke dalam program latihan pelapis negeri Sarawak bermulanya pada Mac 2012. Pusat latihan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah SMK (BM) Saratok dan jurulatih yang ditugaskan adalah En Joseph ak Harry. Beliau memiliki Sijil Sains Sukan Tahap 2 dan Sijil Kejurulatihan Tinju tahap 2.

Pusat latihan ini mempunyai seramai 36 orang atlet yang telah didaftarkan dibawah program pelapis negeri USPTN Sarawak. Kelompok umur adalah dikalangan pelajar tingkatan 2 hinggalah ke tingkatan 6 atas.

SESI LATIHAN
Isnin - Jumaat pada jam 7 malam hingga 8.30 malam
Sabtu  jam 9 pagi hingga 11 pagi

Semoga dengan penambahan pusat latihan tinju Saratok ini ke dalam program pelapis negeri USPTN Sarawak boleh memantapkan lagi saingan sukan tinju di Malaysia dan khususnya di Sarawak.

Laporan Awang Fadilah
--

No comments:

Post a Comment