Wednesday, March 7, 2012

Fwd: Pemantauan Pusat Latihan Renang - Kolam Renang Bukit Lima, Sibu

Laporan Pemantauan Sukan Akuatik - Renang

Tarikh : 5 Mac 2012
Masa : 5.30 petang
Masa latihan : 5.00pm - 7.30pm
Tempat : Kolam Renang Bukit Lima, Sibu
Jurulatih : Hii Hieng Chiong (Jurulatih Sepenuh Masa)
 
Untuk makluman, Pn. Jeslina Michael Pegawai dari Cawangan Kejurulatihan, telah membuat pemantauan ke Pusat Latihan Renang, Bukit Lima Sibu. Tujuan pemantauan dibuat adalah untuk berkenalan dan membuat tinjauan program latihan yang dijalankan oleh jurulatih. Semasa pemantauan dibuat, sesi latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet begitu memuaskan. Jurulatih ada memaklumkan ada beberapa atlet yang terpaksa hadir lewat kerana sesi persekolahan adalah sebelah petang.

Sepanjang perbualan, Pn. Jeslina telah memberi beberapa pertanyaan mengenai program latihan yang dijalankan (periodisasi), jumlah atlet yang terlibat, kejohanan yang disertai, penglibatan dan hubungan pihak persatuan serta sokongan dan peranan ibu bapa atlet. Jurulatih telah memaklumkan segala program latihan telah dijalankan dengan lancar dan tidak ada masalah dengan pihak persatuan dan ibu bapa. Jurulatih telah memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi perbualan tersebut.

Pn. Jeslina juga telah meyampaikan satu Fail Peribadi Jurulatih yang perlu disimpan oleh jurulatih bagi tujuan menyimpan maklumat serta rekod seperti maklumat jurulatih, atlet, pencapaian atlet, objektif jurulatih, buku log, keperluan Khidmat ISN dan segala keperluan yang boleh memudahkan jurulatih menjalankan program latihan dengan lancar. Perjumpaan telah tamat pada jam 7.00 pm

Sekian, terima kasih

--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak
 




--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak
 

No comments:

Post a Comment