Friday, December 6, 2013

LATIHAN SENAMAN FIZIKAL (SUKAN MENEMBAK)

Tarikh    : 6 Disember 2013
Tempat  : GYM Majlis Sukan Negeri Sarawak
Peserta : 15 org atlet
Jurulatih: Pn Maziah

Sempena cuti sekolah jurulatih telah mengambil peluang untuk membawa atlet menembak membuat latihan di gym MSN pada sesi sebelah pagi manakala sesi sebelah petang akan dijalankan seperti biasa di Lapang Sasar menembak Batu Kawa. Latihan di gym MSN akan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.

Latihan yang di jalankan bagi pembentukan kekuatan muscle selama 1 jam setengah ini telah melibatkan beberapa aktiviti senaman diantaranya:

Squat (Body weight)             Push Up
Lunge                                 Lateral Raise
Calf Raise                           Shoulder Press
Crunches                            Back Extension
Leg Raise                           Bridging


--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Siri 2 2013

Hari Pertama
Tarikh : 6 Dis 2013
Venue : Pusat Akuatik Paroi, Seremban Negeri Sembilan

Ulasan
Pasukan Sarawak telah menghantar 2 atlet lelaki dan 1 atlet wanita bagi kategori bawah 12 tahun. Sebelum ke kejohanan, atlet-atlet tersebut sedang menjalani latihan pusat di Bukit Jalil sejak 21 Nov yang lalu. Hasil latihan tersebut, prestasi atlet begitu memuaskan kerana telah berjaya merangkul pingat.

Acara 3m papan anjal lelaki bawah 12 tahun :
1. Enrique Maccartney - Perak
2. Leo Ah Boon - Tempat ke 4

Acara 3 m papan anjal wanita bawah 12 tahun :
1. Kimberly Bong - Perak

Acara 1m papan anjal lelaki bawah 12 tahun :
1. Enrique Maccartney - Emas
2. Leo Ah Boon - Gangsa

Acara 1m papan anjal wanita bawah 12 tahun :
1. Kimberly Bong - Emas

Diharap atlet-atlet Sarawak dapat menunjukkan prestasi yang baik bagi acara platform pada esok hari.

Sekian.

Thursday, December 5, 2013

CERAMAH PSIKOLOGI SUKAN (SUKAN MENEMBAK)

Tarikh         : 5 Disember 2013 (Khamis)
Masa          : 930 am
Tempat       : ISN
Penceramah:Pn Regina Gasin
Pegawai      :En Awang Fadilah b. Jaya
Jurulatih      :Pn Christina Liew
                  :Cik Chia Cia
Peserta      : 15 org
                    9 org atlet lelaki
                    6 org atlet wanita

Majoriti para atlet terdiri daripada mereka yang baru menjalani latihan menembak kurang daripada 2 tahun. Peserta telah di terangkan bagaimana psikologi sukan boleh mempengaruhi prestasi sukan. Diantaranya ialah bagaimana mengawal emosi dan perasaan gementar, memudahkan sistem pembelajaran latihan (teknik & tektikal) dan akhir sekali tentang penetapan matlamat (Gold Setting)

Komen penceramah keselurahan atlet menumpukan sepenuhnya perhatian semasa sesi ceramah walaupun terdapat pemahaman berbeza diantara 2 kelompok atlet baru dan lama.

Sekian

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Wednesday, December 4, 2013

LAPORAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2013

Tarikh   : 26 - 30 November 2013
Venue  : MSN Keramat, Kuala Lumpur
Peserta: 13 Atlet
              2 Pegawai:En Awang Fadilah b. Jaya
                              En Jimmy Ucha 
              3 Jurulatih:En Joseph ak Harry
                              En Fred Mandagi
                              En Tiong Tien Liong

Ulasan: Penyertaan pada kejohanan kali ini pasukan Sarawak telah membawa seramai 13 orang atlet yang terdiri dari petinju-petinju dari 3 bahagian iaitu bahagian Saratok, Kapit dan Betong. Penyertaan bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dan Majlis Sukan Negeri Sarawak ini diiringi oleh 3 jurulatih pusat latihan dan 2 pegawai dari MSN dan USPTN.

Pencapaian: Pasukan telah berjaya meraih 1 Emas 3 Perak dan 5 Gangsa menerusi:

1 Emas   : Alexson Tiong    (Kapit)
3 Perak   : Cannedy Mudin  (Saratok) 
                Ismail Arwan      (Kapit)
               Jesper                (Betong)
5 Gangsa:Arin ak Henry      (Saratok)
               Brendon Ringkai  (Betong)
               Maxclayrence      (Betong)
               Brecky                (Kapit)
               Selfester             (Betong)

Laporan disediakan Oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Tuesday, December 3, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU SMK (BM) SARATOK

Tarikh:      21 Disember 2013
Masa:      1400 pm
Tempat:    Pusat Latihan Tinju SMK (BM) Saratok
Kehadiran:
               Jurulatih: En Joseph ak Harry
               Pegawai: En Awang Fadilah b. Jaya
               Atlet      : 9 orang

Ulasan: Peratusan kehadiran kurang memuaskan disebabkan pelajar-pelajar sekolah telah balik ke kampung masing-masing. Hanya atlet-atlet yang tinggal di kawasan berhampiran pusat latihan sahaja yang tidak menghadapi masalah pengangkutan hadir pada sesi latihan kali ini.

Bagi petinju yang telah disenaraikan untuk menyertai kejohanan tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013 pada 26 hingga 30 Disember 2013 di Keramat Kuala Lumpur telah di arahkan untuk tinggal di asrama sekolah.

Terima Kasih


Laporan disediakan Oleh
--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)