Saturday, March 7, 2015

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN MAC BIL 02/2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 5 Mac 2015
Masa : 1500hrs - 1700hrs
Venue : Stadium Miri, Miri
Jurulatih: En. Anthony Bong (JSM), En. Johnathan Patrick (JPM MSN Negeri), En. Lai Tze Hua (JPM MSN Negeri)
Kehadiran: 4 Orang Pegawai ISN Miri, 10 Atlet Lelaki

LATIHAN
-Tiada

UJIAN

  1. Sit & Reach 
  2. Vertical Jump
  3. Standing Broad Jump
  4. 1 Minit Push Up
  5. Max. Sit up
  6. Handgrip
  7. 1RM Bench Press
  8. 1RM Leg Press / Squat

PERTANDINGAN
-Tiada

PERALATAN
-Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU

  1. Sesi Ujian kecergasan bil 01/2015 dikendalikan oleh pihak ISN Bahagian Miri dengan dibantu oleh JPM MSN Negeri dan JSM USPTN.
  2. Sesi Ujian kecergasan akan disambung semual pada isnin depan, 9 Mac 2015 kerana beberapa ujian tidal sempat dihabiskan iaitu Yo - Yo Endurance Level 1, Sprint dan Agility.

Sekian,terima kasih

Laporan Disediakan Oleh:

MOHD FAIZAL IBRAHIM

PPN Angkat Berat, Tenis, Tinju & Olahraga

USPTN Sarawak

Friday, March 6, 2015

PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN MAC BIL 01/2015

SUKAN: Pelayaran
Tarikh : 5 Mac 2015
Masa : 10.00 am - 11.00 am 
Tempat : Marina Bay Boat Club, Miri

Kehadiran : 
1. En. Harifen Bin Mansor (Presiden Pelayaran)
2. En. Hamdan Bin Yahya (JPM MSN)
3. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (SDO)

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
- Kebanyakan peralatan MSN tidak lengkap seperti tidak mempunyai centre boat.
-  1 coach boat boleh diguna.
-  8 buah Optimis (tidak lengkap)
-  4 buah Laser hanya boleh digunakan untuk latihan akan tetapi untuk tidak boleh digunakan untuk kejohanan kerana tidak di iktiraf oleh ISAF.
 
KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. En. Harifen memaklumkan kekangan bagi Jsm USPTN En. Samsani untuk menjalankan latihan adalah disebabkan faktor kelengkapan peralatan yang tidak mencukupi dan pada masa yang sama beliau memaklumkan MSN negeri dalam proses pembelian boat baru bagi memulakan sesi latihan.
2. En. Hamdan memaklumkan akan membantu Jsm USPTN untuk menjalankan sesi latihan dengan mengunakan peralatan yang ada dan memberitahu akan cuba menyediakan atlet yang boleh ke kejohanan seawal bulan Mei.
3. En. Harifen memaklumkan tempat penyimpanan boat berbumbung masih dalam proses permohonan diperingkat negeri.
4. En. Samsani tidak dapat hadir ke PLN kerana waktu Sesi PNP.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohamad Ikmal Bin Afandi
PPN Pelayaran Negeri Sarawak

Thursday, March 5, 2015

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN MAC BIL 1/2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 4 Mac 2015
Masa : 1500hrs - 1700hrs
Venue : Stadium Miri, Miri
Jurulatih: En. Anthony Bong (JSM), En. Johnathan Patrick (JPM MSN Negeri), En. Lai Tze Hua (JPM MSN Negeri)
Kehadiran: 10 Atlet Lelaki

LATIHAN
1. Back squat
2. Power snatch - 5 set
3. Fitness - Sprint - 3 set

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
-Tiada

PERALATAN

  1. Bar - 1 Set
  2. Platform -  5 Set
  3. Squat Stand - 1 Set
  4. Belt - 1 Set
  5. Box - 2 set
  6. Plate rack - 2 Set

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU

  1. Kehadiran atlet kurang baik kerana terdapat sebilangan atlet yang terlibat dalam kejohanan MSSM.
  2. Sesi Ujian kecergasan Bil 1/2015 akan diadakan pada 5 Mac 2015 dan akan dikendalikan oleh pihak ISN Bahagian Miri.

Sekian,terima kasih.

PEMANTAUAN SUKAN TENIS BULAN MAC BIL 1/2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh: 3 Mac 2015
Masa: 1620hrs - 1705hrs
Venue: Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA)
Jurulatih: En. Stivie Din (JSM)
Kehadiran: 4 Pegawai ISN Kuching, 18 Orang atlet (9 L, 9W)

Latihan
-Tiada

Ujian
  1. Anthropometry
  2. Flexibility
  3. Standing Broad Jump
  4. Push Up
  5. Sit Up
  6. Yoyo Endurance 1
  7. Sprint
  8. Agility

Pertandingan
-Tiada

Kecederaan
-Tiada

Program Binaan
-Tiada

Ulasan
  1. Diadakan sesi ujian kecergasan untuk bil 1/2015 dikendalikan oleh pegawai ISN Kuching yang telah melibatkan seramai 18 orang atlet di bawah program. Kehadiran untuk sesi ujian kecergasan ini amat baik.
  2. Satu kejohanan dalaman juga akan diadakan pada 6 - 8 Mac ini bertempat di Kompleks SLTA yang akan melibatkan semua atlet dibawah program.

Sekian, terima kasih.



--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia
(Angkat Berat & Tenis)

Sunday, March 1, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 28 Februari 2015
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Venue : Dewan Gimnastik Petra Jaya
Jurulatih :
Bogomil Ivanov Momchilov (JLN)
Gergana Kostadinova (JLN)

Kehadiran : 17 orang (2L, 15W)

Latihan
1. Acro & Round Off
2. Handspring
3. Rutin Level 1 Floor Exercise & Balance Beam
4. Leaps & Jumps bagi Rutin Acro
5. Teknik Fly Down untuk Uneven Bar
6. Acro & Rutin Parallel Bar

Ujian
Cadangan untuk mengadakan ujian kecergasan pada 14 Mac 2015.

Pertandingan
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 01/2015 akan diadakan pada 20 - 22 Mac 2015 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. 

Peralatan
Semua dalam keadaan baik.

Kecederaan
Seorang atlet telah beransur pulih daripada kecederaan lutut.

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Cadangan untuk mengadakan taklimat pemakanan daripada pihak ISN Kuching yang akan melibatkan atlet dan ibu bapa.
2. Jurulatih telah dimaklum tiada sebarang makluman perkembangan terkini program WAG dan MAG.
3. Jurulatih memaklumkan ruangan dewan gimnastik akan ditambah sebanyak 25m x 40m dengan menggunakan peruntukan daripada kerajaan Negeri Sarawak sebagai persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia XVIII Sarawak 2016.
4. Jurulatih bercadang untuk menambah atlet sesi pagi. Namun masih dalam perancangan dan perbincangan untuk penetapan sekolah yang akan dipilih.

Sekian. Terima kasih

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik.