Friday, November 14, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON AKHIR 2014 SUKAN AKUATIK TERJUN (HARI PERTAMA)

Salam.

Tarikh      : 14 November 2014
Masa        : 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat    : Kompleks Akuatik MPK, Kuantan, Pahang

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM
8 orang Atlet (Sarawak Sahaja)

Latihan :
a) Ajuk (Movements)
b) Papan Anjal (Lompatan, Ayun Tangan & Terjunan)
*** Dijalankan sebelum acara bermula dan selepas tamat acara pada Hari Pertama

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 Sukan Akuatik Terjun

Peralatan & Kemudahan :
Kemudahan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
Hari pertama untuk Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 berjalan dengan lancar. Seramai 42 penyertaan bagi sukan Akuatik Terjun di mana 24 penyertaan daripada kategori Lelaki dan 18 penyertaan Wanita.

Untuk hari pertama, 6 acara telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi yang dijurikan oleh 5 orang Jurulatih dan keputusannya adalah seperti berikut :

a) 1M Spring Board Lelaki (10 tahun dan ke Bawah)
    Pertama : Bertrand Rhodict (Sarawak)
    Kedua    : Yong Rui Je (Kuala Lumpur)
    Ketiga    : Nur Qayyum Nazmin (Kuala Lumpur) & Tan Czyin Jien (Selangor)

b) 1M Spring Board Wanita (10 tahun dan ke Bawah)
    Pertama  : Eilisha Rania (Sarawak)
    Kedua     : Ong Jia Le (Kuala Lumpur)
    Ketiga     : Celeste Lee (Kuala Lumpur)

c) 1M Spring Board Lelaki (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama : Mohd Adam Kamarul (Negeri Sembilan)
    Kedua    : Ahmad Danish Haikal (Negeri Sembilan)
    Ketiga    : Awang Mohammad Sharszan Fyirman (Sarawak)

d) 1M Spring Board Wanita (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama  : Nurul Athirah Hanafiah (Negeri Sembilan)
    Kedua     : Vivien Yong Wei Wen (Perak)
    Ketiga     : Ong Kai Xin (Perak)

Bagi acara 3M Spring Board Lelaki & Wanita (10 Tahun dan ke Bawah) keputusan belum dikeluarkan oleh pihak teknikal.

Kejohanan ini turut dipantau dan dihadiri oleh KUKS, Pn. Norehsan Hassan, Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan), En. Giam Fook Pang (Pengurus Sukan), dan 8 orang PPN serta para ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan kepada atlet.

Secara keseluruhan untuk hari pertama, kejohanan berjalan dengan baik dan akan bersambung keesokkan hari bagi acara 3M Spring board Lelaki & Wanita (12 Tahun dan ke Bawah) serta upacara penyampaian hadiah.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

LAPORAN PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK - SARAWAK

Tarikh : 8 November 2014 ( Sabtu )
Masa  :  9.00 pg - 12.30 tghr
Venue : Dewan Gimnastik, Off Jalan Stadium, Petra jaya, Kuching

Kehadiran :
- Gergana Kostadinova Momchilova ( JLN )
- Bogomil Ivanov Momchilov ( JLN )
- 22 atlet


Latihan : 
- latihan apparatus & latihan kecergasan


Ujian : 
- Control Test
- semua apparatus


Pertandingan : 
- Kejohanan Sport Excel ( 13 - 17 November 2014 )
- Kejohanan Kebangsaan Kali ke- 29 ( 13 - 17 November 2014 )
- 6th Asean School Games ( 29 November 2014 )


Peralatan :
- Semua apparatus dan peralatan bantuan


Kecederaan :
- Tiada


Program Binaan :
- Tiada


Ulasan : 

Ujian ' Control Test' diadakan untuk semua atlet yang akan menyertai kejohanan di Kuala Lumpur. Prestasi atlet memuaskan tetapi atlet tidak mampu menahan tahap emosi apabila tidak dapat membuat sesuatu teknik dan rutin dengan baik.

Atlet pembangunan hanya melakukan teknik latihan asas dan latihan kecergasan. 

Selesai ujian, perjumpaan bersama atlet turut diadakan dan memberikan kata dorongan untuk persediaan mereka ke kejohanan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

Sekian terima kasih.

Laporan daripada 

Dedia Sarini Ahmad 
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Thursday, November 13, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Salam.

Tarikh      : 13 November 2014
Masa        : 9.00 pagi - 6.45 petang
Tempat    : Kompleks Akuatik MPK, Kuantan, Pahang.

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM
8 orang Atlet

Latihan :
a) Sebelah Pagi :
    - Warm Up
    - Endurance & Strength Training
     1) Larian Laju Keliling Kolam Renang (4 set)
     2) High Knee (20m x 2 sets)
     3) Hopping (20m x 4 sets)
     4) Lunges (20m x 2 sets)
     5) Burpee (20sec x 10 sets - 10 sec rest Interval)
     6) Vault Jump

    - 1m Springboard & 3m Springboard

b) Sebelah Petang
    - 1m Springboard & 3m Springboard

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 (14 & 15 November 2014)

Peralatan & Kemudahan :
Kemudahan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
Pasukan Sarawak, Sabah & Labuan tiba di Kuantan, Pahang pada 12 November 2014 pada jam 11.40 malam.

Sesi latihan dijalankan sebagai persediaan para atlet untuk menyertai Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 yang akan berlangsung bermula esok hari (14 November 2014).

Sesi latihan telah dijalankan 2 sesi iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang. Untuk sebelah pagi, latihan memfokuskan kepada latihan endurance, manakala sebelah petang pula sesi latihan memfokuskan kepada rutin untuk pertandingan esok.

8 orang atlet daripada Pasukan Terjun Sarawak akan mengambil bahagian.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada jam 5.00 petang di Kompleks Akuatik MPK dan dihadiri oleh KUKS, Pn. Nurehsan Hassan, Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan), 5 orang PPN dan jurulatih.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Fwd: LAPORAN KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 02/2014 - HARI TERAKHIR


---------- Forwarded message ----------
From: NUR FATHEEN KHAIRUZAN <fatheenkhairuzan.usptn@gmail.com>
Date: 2014-11-07 23:35 GMT+08:00
Subject: LAPORAN KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 02/2014 - HARI TERAKHIR
To: Nency Eve <nency.cp@gmail.com>
Cc: Jefri Ngadirin <jefri.cp@gmail.com>, Rashid Ramli <rash.cp@gmail.com>, Megat Ahmad Kushairy <megat.cp@gmail.com>, azrul hisyam <azrul.cp@gmail.com>, Mohd Faizal Ibrahim <faizalibrahim.usptn@gmail.com>


Salam.

Tarikh      : 7 November 2014
Masa         : 8.00 pagi - 8.30 malam
Tempat     : Spanish Villa, Negeri Sembilan

Kehadiran :
Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan)
5 orang PPN
8 orang Jurulatih
47 orang Atlet

Ulasan :
Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 02/2014 bakal melabuhkan tirai pada hari ini. Walau bagaimanapun, aktiviti untuk hari terakhir ini tetap dilaksanakan. Sarapan pagi untuk semua disediakan pada jam 8.00 pagi. Selepas sarapan pagi, aktiviti riadah untuk para atlet telah dilaksanakan di mana para atlet diberi kebebasan untuk bermain di kolam renang dengan diawasi oleh PPN dan jurulatih. 

Pada jam 9.30 pagi, para PPN, Jurulatih dan Atlet berkumpul di bilik mesyuarat untuk sesi rumusan kem. Antara pengisian sesi tersebut, beberapa orang atlet telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang kem ini dijalankan. Selain itu, 2 orang jurulatih iaitu, Yeoh Ken Nee (Jurulatih Pelapis Kebangsaan) dan Rossarisham Roslan (Jurulatih Selangor) yang mewakili jurulatih-jurulatih yang lain telah memberi kata-kata nasihat dan dorongan kepada atlet untuk terus maju dan jaya di masa hadapan.

Setelah tamat sesi rumusan tersebut, para atlet dibenarkan pulang ke negeri masing-masing. Bagi atlet Sarawak dan Sabah, pergerakan pulang dari Negeri Sembilan adalah pada jam 12.30 tengah hari iaitu selepas makan tengah hari. 

Pada jam 8.15 malam, PPN, Jurulatih dan para atlet Negeri Sarawak telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan kepulangan para atlet telah disambut sendiri oleh ibu bapa mereka.

Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik, para atlet juga telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Kem Bakat seperti ini adalah perlu untuk memberi pendedahan kepada para atlet berkaitan dengan suasana kejohanan yang sebenar di samping boleh berkongsi teknik latihan kepada yang lain. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 11 November 2014
Masa       : 7.45 malam - 8.30 malam
Tempat   : Kuching Taekwondo & Self Defense Academy

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
En. Elvi Ak Lansor - JSM
Master Kochphoom Nimmit - JLN (MSN)
5 orang Atlet

Latihan :
a) Basic Kicking 
b) Big Target Kicking
c) Cone Kicking
d) Core training

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Antara Kelab Malaysia pada 27 - 30 November 2014.

Peralatan & Kemudahan :
Semua dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
1. Sesi latihan dihadiri oleh para atlet yang akan menyertai Kejohanan Interclub 2014 tetapi 2 orang tidak hadir ke sesi latihan ini. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Jurulatih daripada Thailand, Master Kochphoom dan dibantu oleh JSM, memfokuskan latihan fasa pertandingan.

2. JSM memaklumkan, kehadiran para atlet ke sesi latihan agak merosot kebelakangan ini mungkin disebabkan bulan perperiksaan dan hal ini telah dimaklumkan kepada ibu bapa kepada semua atlet supaya menjelang cuti sekolah nanti, kehadiran atlet akan bertambah.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak