Thursday, February 20, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK RENANG DAN SUKAN PELAYARAN PUSAT LATIHAN NEGERI DI MIRI.

Salam

SUKAN AKUATIK RENANG
Tarikh : 17 Feb 2014 (Isnin)
Masa : 7.00 petang
Venue : Kelab Rekreasi Petroleum
Jurulatih : Mohd. Faizal b. Abdullah.

Ulasan
Untuk makluman hari Isnin adalah Off Day Training dan tiada latihan dijalankan. Perjumpaan bersama jurulatih telah dibuat di Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) di Lutong, Miri. Makluman jurulatih, semasa off day, beliau membuat latihan kepada perenang daripada kelab tersebu. Namun ada beberapa orang atlet PLN juga turut serta dalam latihan di situ. Kolam yang digunakan adalah 33m panjang dan mempunyai 6 lane.

Makluman Jurulatih, beliau bercadang hendak membuat kem renang untuk mencari bakat baru kerana beberapa orang atlet dalam senarai akan dikeluarkan kerana kurang komitmen pada latihan. Beliau juga akan meningkatkan latihan kepada beberapa atlet sebagai persediaan menghadapi pertandingan renang akan datang.


SUKAN PELAYARAN
Tarikh : 18 Feb 2014
Masa : 2.00 petang.
Venue : Pejabat Kapten Arifin (Persatuan Pelayaran Sarawak)
            Marina Bay

Ulasan.
Makluman pihak persatuan, pelantikan jurulatih tersebut perlu dibuat segera.dan beliau juga mencadangkan supaya beberapa orang cikgu lagi boleh turut serta semasa latihan bagi memperkenalkan sukan pelayaran. Tujuan beliau adalah untuk menilai cikgu yang berpotensi untuk diambil sebagai jurulatih tambahan kelak.

Semasa lawatan ke Marina Bay, Kapten Arifin menunjukkan cadangan tempat simpanan perahu layar dan tempat latihan yang akan dijalankan kelak. Namun begitu beliau menyarankan supaya pihak MSNS dan USPTN memohon melalui surat kepada pihak pengurusan Marina Bay berkenaan cadangan tempat tersebut. 

Sebanyak 7 bot optimist dan 3 laser telah diletakkan begitu sahaja kerana tiada tempat untuk simpanan yang tetap. Perkara tersebut telah dibincangkan bersama dan pihak MSNS serta USPTN akan bekerjasama bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan segera. 

Kapten Arifin telah mencadangkan beberapa lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat simpanan dan latihan perahu layar kelak. Namun begitu, ini bergantung dengan keputusan pihak pengurusan Marina Bay nanti.

Sekian terima kasih.


1 comment:

  1. Ada tak pertandingan renang untuk budak umur 6-11 tahun? Anak sya ni suka sangat berenang. Umur 9 thn. dia dpt brenang 500m tanpa bantuan pakar. So, saya nak galakkan dia utk berenang. kalau ada pertandingan, sila maklumkan kepada saya. TQ

    ReplyDelete