Tuesday, June 17, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN DI PUSAT AKUATIK, KBS KUCHING.

Salam.

Tarikh         : 16 Jun 2014
Masa           : 6.00 petang - 7.00 petang
Tempat       : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Akuatik Terjun)
JPM Rosatimah Bt Muhammad
JPM Harnani Bt Muhammad
JLN Xiao Xia

Kehadiran Atlet :
12 orang atlet (JPM Harnani Bt Muhammad)
9 orang atlet (JPM Rosatimah & JLN Xiao Xia)
*** 1 orang atlet tidak hadir

Ulasan :

Kehadiran para atlet pada sesi latihan kali ini seperti biasa sangat baik. Atlet Sylvester Gaing tidak dapat hadir ke sesi latihan kali ini kerana menghadiri kelas sesi petang di sekolah. Seperti biasa, sesi latihan dijalankan dalam 2 kumpulan. Fokus latihan kali ini adalah menjalankan latihan asas yang mana kesilapan dalam melakukan terjunan yang kerap dilakukan para atlet. Bagi atlet yang masih baru dalam sukan ini, fokus latihan lebih kepada lenturan badan kerana lenturan badan memainkan peranan penting dalam melakukan terjunan di samping melakukan lompatan-lompatan asas di dry gym. Seramai 4 orang atlet telah dipilih untuk mengikuti Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 2/2014 yang akan berlangsung pada 21hb - 23hb Jun 2014 di Sabah sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan untuk ke kejohanan tersebut. 

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment