Thursday, September 29, 2016

KEJOHANAN TINJU GOLDEN GLOVE KEBANGSAAN 2016 EDISI KE-2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 27 September 2016
Masa : 1500hrs - 1800hrs
Venue : Medan Niaga Satok, Kuching
Jurulatih:
1. En. Wilbur Buag-Ay Andogan (JLN MSN Sarawak)
2. En. Muhammad Helman Bin Morni (Jurulatih SABA)

Kehadiran: 45 Orang Atlet (8 orang daripada Sarawak)

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Tinju Golden Glove Kebangsaan 2016 Edisi ke-2

PERALATAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN/ISU
1. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang kedua dianjurkan oleh Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) selepas penganjuran yang pertama pada tahun 2015. Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 27 September hingga 1 Oktober 2016. Kejohanan ini dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak (KBSS), En. Kameri bin Affendi.

2. Kejohanan ini telah melibatkan seramai 45 orang peserta iaitu daripada beberapa buah negeri dan ATM. Peringkat umur peserta yang bertanding ialah dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Daripada 8 orang peserta dari Sarawak, 2 orang ialah atlet SUKMA XVIII 2016.

3. Jika hendak dibandingkan dengan jumlah penyertaan atlet bagi kejohanan kali ini, ianya berkurang berbanding penyertaan pada edisi pertama pada tahun 2015. Antara faktor kekurangan penyertaan ini kemungkinan disebabkan oleh kekangan bajet peruntukkan daripada negeri-negeri selepas temasya SUKMA XVIII 2016 dan juga persediaan bagi menyertai Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2016 di Perak yang akan dijadualkan pada Oktober depan.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Angkat Berat, Olahraga, Tenis, Taekwondo & Tinju

No comments:

Post a Comment