Friday, September 2, 2016

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO BULAN OGOS 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 29 & 30 Ogos 2016
Masa : 0900hrs - 1800hrs
Venue : Bahagian Simunjan, Sarawak
Kehadiran Pegawai:
1  PPN Sukan Taekwondo USPTN Sarawak,En. Mohd Faizal Bin Ibrahim

2. Pengarah Teknikal Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak, Master Tan Check Joon

3. Jurulatih Pembangunan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak, En. Virtlam Anak Umpau

Kehadiran Atlet: 40 Atlet (20 Lelaki & 20 Wanita)

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Taekwondo Bagi Persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 - 2020 - FASA 1

ULASAN / ISU
1. Program mengenalpasti bakat ini dijalankan di Bahagian Simunjan selama 2 hari telah melibatkan seramai 40 orang atlet di 4 buah sekolah (10 orang setiap sekolah) yang dipilih disekitar Bahagian Simunjan, Sarawak yang terletak 109km daripada Bandar Kuching. Sekolah - sekolah yang dipilih ialah SMK Gedong, SMK Simunjan No. 1, SMK Sri Sadong dan SMK Sebuyau. Masa selama 2 hari terpaksa diambil kerana jarak disetiap sekolah yang dipilih ini jauh antara satu sama lain selain faktor struktur jalan raya yang kurang baik.

2. Kriteria utama yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan dalam pemilihan calon atlet ini ialah pelajar yang berumur dalam lingkungan 13 - 17 Tahun, ketinggian 180cm untuk Lelaki dan 170cm untuk wanita, berlatar belakangkan sukan Olahraga, Bola Tampar atau Bola Keranjang di sekolah mereka.

3. Dalam proses mengenalpasti bakat tersebut, didapati semua calon atlet yang layak adalah di dalam keluarga yang kurang berkemampuan dan rata-rata ibu bapa mereka hanya bekerja di kampung dan memperolehi pendapatan RM500.00 sebulan.

4. Oleh yang demikian, kami berkesempatan berziarah di beberapa buah rumah ahli keluarga calon atlet yang layak untuk memberikan penerangan dengan terperinci kepada ibu bapa atlet berkenaan dengan program kami dan peluang yang kami tawarkan kepada calon atlet yang layak.

5. Setelah sesi program tamat, didapati hanya 12 orang (7 Wanita 5 Lelaki) yang layak dan menepati kriteria yang dikehendaki. Perancangan pihak persatuan selepas ini ialah mereka yang dipilih akan mengikuti satu Kem Latihan Sukan Taekwondo di Kuching semasa cuti sekolah selama seminggu dan sewaktu kem tersebut berjalan, pemilihan terakhir akan dibuat bagi calon atlet yang layak. Setelah pemilihan dilakukan, sekiranya atlet bersetuju dengan tawaran yang telah diberikan oleh pihak persatuan, atlet akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak persatuan merangkumi tempat tinggal, makan, persekolahan, kebajikan atlet, kos upgrading dan penyertaan kejohanan sehingga SUKMA 2018 hingga 2020 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak.

6. Pihak persatuan menyatakan bahawa Program Mengenalpasti Bakat Fasa 2 dijadual akan diadakan pada bulan Oktober 2016 di bahagian pedalaman Utara Sarawak iaitu di Lawas, Limbang dan Bario.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo, Tinju & Olahraga

No comments:

Post a Comment