Wednesday, September 14, 2016

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TENIS BULAN SEPTEMBER 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 13 September 2016
Masa : 1710hrs - 1745hrs
Venue : SLTA Center, Kuching
Kehadiran: PPN Sukan Tenis USPTN Sarawak, Mohd Faizal Bin Ibrahim, JSM Tenis USPTN , En. Stevie Anak Din
Kehadiran: 14 orang atlet (9 Lelaki, 5 Wanita)

LATIHAN
1. Serve
2. Lob
3. Smash
4. Matchplay
5. Forehand & Backhand Drilling

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
-Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN / ISU
1. Sempena cuti sekolah yang sudah bermula sejak minggu lepas, para atlet berlatih dua sesi sehari (pagi & petang) seperti yang diarahkan oleh jurulatih.

2. Sesi latihan sebelah pagi bermula seawal jam 0730hrs hingga 1000hrs dan sesi petang bermula pada jam 1600hrs - 1800hrs. Menurut jurulatih, memandangkan cuaca yang amat baik sejak cuti sekolah bermula, sesi latihan pagi dan petang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa Persatuan Sukan Negeri bercadang untuk menganjurkan kejohanan dalaman untuk para atlet di bawah program dan ianya juga terbuka kepada atlet luar. Pertandingan tersebut dicadangkan akan diadakan pada 30 September - 2 Oktober 2016 bertempat di SLTA Center, Kuching.

4. Pihak persatuan juga akan memohon peruntukkan bajet penganjuran Kejohanan Dalaman daripada USPTN Sarawak pada masa yang terdekat sebagai bantuan/subsidi kepada pihak persatuan bagi penganjuran kejohanan tersebut nanti.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo,Tinju & Olahraga

No comments:

Post a Comment