Thursday, February 13, 2014

PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN NEGERI DI BAHAGIAN SIBU

Salam Perpaduan

Tarikh: 11 Februari 2014
Masa: Jam 14.00 - Jam 18.00
Tempat: 
  1. Sibu Superbowl, Sibu
  2. SMK Sacred Heart, Sibu
  3. Kolam Renang Bukit Lima, Sibu
Kehadiran
  1. En. Mohd Faizal Ibrahim (PKU USPTN)
  2. En. Arrolflynn Elvis Slie (Pen. Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Zon Tengah)
  3. En. Joseph Wong Toh Ming (JSM Tenpin Bowling)
  4. En. Liong Bi Ling (JSM Skuasy)
  5. En. Hii Hieng Chiong (JPM Renang)
  6. En. Die Ung Manggang (JPM Renang Majlis Sukan Negeri Sarawak)
Sukan Tenpin Bowling
Kehadiran disambut oleh JSM, En. Joseph Wong Toh Ming pada jam 14.00. Maklumat berkenaan dengan jadual latihan atlet serta kemudahan yang disediakan di PLN Tenpin Bowling di Sibu adalah seperti berikut:-

Jadual Latihan: Sabtu & Ahad (Jam 15.00 - jam 19.00)
Kemudahan Tempat Latihan:
  1. Lane - 28
  2. Kafe - 1
  3. Tandas - 2
Sukan Skuasy
Pemantauan diteruskan ke PLN Skuasy di SMK Sacred Heart pada jam 15.30 disambut oleh JSM, En. Liong Bi Ling. Maklumat mengenai Kemudahan PLN, Kehadiran Atlet dan Program Latihan Atlet adalah seperti berikut:-

Kemudahan:
  1. Gelanggang - 4
  2. Bilik Rehat - 1
  3. Tandas - 2
Kehadiran Atlet:
Lelaki - 7 orang
Perempuan - 5 orang

Program Latihan:
  1. Feeding (Forehand & Backhand)
  2. Kecergasan (Berlari 3 minit x 3 set)
  3. Solo Drill
  4. Team Drill
Sukan Renang
Pemantauan terakhir dilakukan pada jam 18.00 di Kolam Renang Bukit Lima disambut oleh JPM USPTN, En. Hii Hieng Chiong dan JPM Negeri, En Die Ung Manggang. Pada waktu ini, fokus latihan atlet adalah untuk persediaan Sesi Kelayakan Masa bagi pemilihan atlet ke SUKMA XVII yang akan diadakan pada 28 Februari 2014.

Maklumat berkenaan kemudahan PLN, kehadiran atlet dan program latihan atlet adalah seperti berikut:-

Kemudahan:
  1. Kolam Renang (50' x 30') - 1
  2. Bilik Persalinan - 2
  3. Tandas - 6
  4. Restoran - 1
  5. Stor - 1

Kehadiran Atlet:
Lelaki - 9 orang
Perempuan - 7 orang

Jadual & Program latihan:
  1. Pagi (0700 - 0900)
  2. Petang (1730 - 1930)
  1. Aerobic Endurance (65%)
  2. Speed and Power (35%)
Rumusan Pemantauan
Setelah melihat dan memeriksa kemudahan PLN di Bahagian Sibu, secara keseluruhan tahap kondisi PLN masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh atlet untuk berlatih dengan selesa kecuali Sukan Renang dimana isu lane yang terhad untuk para atlet berlatih kerana kolam renang tersebut juga dibuka kepada umum. Kehadiran atlet juga cukup baik kerana mereka mempunyai masa yang sesuai untuk turun berlatih selepas tamat sesi persekolahan.

Terima kasih.

-- 
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK PETRA JAYA KUCHING

Salam & Salam 1 Malaysia

Tarikh : 12 Februari (Rabu)
Venue : Dewan Gimnastik,Petra Jaya, Kuching

Masa : 3 ptg

Ulasan :

Latihan Acro dilakukan oleh setiap atlet dan satu rutin penuh untuk Senaman Lantai. Selepas latihan tersebut atlet Senior melakukan rutin bersama teknik baru mengikut tahap program pada 'apparatus' Palang Bertingkat manakala atlet 'kecil' melakukan rutin dan diserapkan teknik baru untuk 'apparatus' Batang Titian.

Seorang atlet mengalami sedikit kecederaan dan hanya melakukan latihan di Palang Bertingkat dan latihan kecergasan yang ringan bagi mengekalkan tahap kecergasan yang stabil dan 'flexibility' yang tinggi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius.Atlet tersebut juga dalam proses untuk pemulihan kecederaan tersebut.

4 org gimnas tidak hadir semasa latihan kerana perlu menghadiri sesi kelas agama di sekolah yang wajib untuk dihadiri semua pelajar.

Sekian,terima kasih.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ANGKAT BERAT, ARENA SUKAN KUCHING


Salam

Tarikh : 10 Februari 2014 ( Isnin )
Venue : Gim Angkat Berat, Arena Sukan
Masa  : 10.30 pagi

Kehadiran : 8 atlet ( 6 lelaki & 3 wanita )
                      JPM MSNS - En. Edmund Yeo

Dua sesi telah diadakan pada hari tersebut iaitu sesi pagi dan sesi petang. Atlet menjalani latihan 'specific strength'. Jurulatih memantau setiap angkatan yang boleh dilakukan oleh setiap atlet.

Sepanjang latihan, semua atlet mempunyai peningkatan melalui angkatan yang telah dilakukan pada setiap program. Atlet- atlet tersebut sedang menjalani latihan pusat bagi persediaan SUKMA XII Perlis 2014. Selepas latihan semua atlet membersihkan gim sebelum meninggalkan tempat latihan.

Sekian, terima kasih.



Sent from Samsung tablet

Tuesday, February 11, 2014

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Salam

Tarikh : 8 February 2014 ( Sabtu )
Kehadiran : 9 atlet

Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova Momchilova


Sesi latihan diadakan pada 9 pagi hingga jam 12 tgh. Program latihan jurulatih pada hari tersebut ialah teknik ( skill ) acro dan teknik baru bagi setiap gimnas. Teknik tersebut telah di lakukan semasa melakukan rutin di setiap apparatus. Semua gimnas diwajibkan untuk membuat latihan senaman lantai dan latihan memperbaiki kelemahan teknik di apparatus yang lain.

Seorang atlet telah mengalami 'muscle strain' pada hari tersebut dan tidak dapat untuk melakukan teknik dan rutin yang spesifik. Atlet tersebut hanya melakukan latihan ringan supaya tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk lagi.

Sekian, terima kasih.                                                             


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Monday, February 10, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh      : 8 Februari 2014
Hari         : Sabtu
Kehadiran: atlet 8 lelaki
                        6 perempuan
Jurulatih  :
Pn Christina Liew
En Amnad Anai
Cik Chee Cia Cia

Teknikal :
En Awie

Latihan telah dijalankan pada 2 sesi iaitu pagi jam 9 - 1130 pagi dan sesi petang jam 2 - 430 petang. Pada sesi sebelah pagi jurulatih telah membuat latihan bagi 10 meter Air rifle dan air pistol. Bagi sesi petang pula latihan adalah untuk .22 sport pistol lelaki dan wanita dan .22 3 position rifle wanita.

Pada sesi latihan hari ini juga telah diadakan perjumpaan dengan jurulatih dan armour pada sebelah tengah hari bagi membincangkan program talent spot. Antara perkara yang dibincangkan adalah persiapan teknikal untuk pertandingan talent spot serta cadangan tarikh yang sesuai untuk perlaksanaan program.

--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)