Thursday, August 14, 2014

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA DI TABUAN JAYA, KUCHING

Tarikh: 13 .8. 2014
Masa: 3.30 petang - 5.30 petang
Tempat: Stadium mini SMK Tabuan Jaya.


KEHADIRAN:

1.    Mohamad Ikmal Bin Afandi - SDO

2.    Pn. Rasia anak Lutang – JSM

3.    18 orang atlet

 


LATIHAN

 - Atlet menjalani latihan olahraga seperti biasa.

 - latihan banyak memfokuskn kepada "Core Stability"

 - Latih tubi 6 pagar/lari 3 pagar

 

 ULASAN

1.    Latihan yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

2.    Latihan masih diteruskan walaupun hujan lebat dan tempat latihan menggunakan dibawah perkarangan stadium.

3.    Kelongaran menghadiri latihan kepada atlet tingkatan 3 & 5 yang mempunyai kelas tambahan. Atlet lain menjalani latihan seperti biasa yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

4.    Kedatangan atlet lelaki dan wanita memuaskan

 

Sekian, terima kasih.

 

Mohamad Ikmal Bin Afandi

SDO Sukan Olahraga

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

Tuesday, August 12, 2014

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO (Ogos 2014/01)

Salam dan Selamat Sejahtera,

Tarikh      : 11 Ogos 2014
Masa        : 7.45 petang - 9.00 malam
Tempat    : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Jospeh Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
En. Elvi Anak Lansor (JSM Sukan Taekwondo)

Kehadiran Atlet :
15 orang atlet 

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti biasa setelah Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran para atlet pada kali ini sangat baik. Sesi latihan pada kali ini dikendalikan oleh seorang jurulatih daripada Thailand dan dibantu oleh kedua-dua JSM. Hasil daripada pemantauan, program latihan memfokuskan kepada teknik kicking. Difahamkan oleh JSM Joseph, para atlet sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk ke kejohanan mini yang akan berlangsung pada 17 Ogos 2014 ini. Seramai 4 orang atlet disenaraikan untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON (Ogos 2014/01)

Salam

Tarikh      : 11 Ogos 2014
Masa        : 3.45 petang - 4.45 petang
Tempat    : Dewan Badminton SBA, Kuching.

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Badminton)
En. Rukita (Jurulatih SBA)
En. Dwi Ariyanto (BERCUTI)

Kehadiran Atlet :
13 orang atlet 

Ulasan :

Kehadiran atlet adalah sangat baik kerana hanya seorang atlet sahaja tidak hadir kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah. Program latihan pada hari ini memfokuskan kepada latihan fitness & endurance. 

1) Larian 6km
2) Sprinting ( 80 meter x 10 reps )
3) In-court training ( Stroke )

2 orang atlet menjalani sesi latihan strength & conditioning di gym MSN, Dewan Suarah Kuching dikendalikan oleh pegawai ISN, En. Ealfy Gregory. Sesi latihan dikendalikan oleh Jurulatih Rukita sepenuhnya memandangkan Jurulatih Dwi Ariyanto masih bercuti sehingga 23 Ogos 2014. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Badminton
USPTN Sarawak

Sunday, August 10, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Ogos 2014/01)

Salam.

Tarikh     : 8 Ogos 2014
Masa       : 4.15 petang - 5.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Xiao Xia (JLN)

Kehadiran Atlet :
16 orang atlet

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti biasa selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran para atlet adalah sangat baik. Sesi latihan telah diambil alih oleh JLN Xiao Xia dengan bantuan JPM Harnani Muhammad memandangkan JPM Rosatimah Muhammad bercuti dari 21 Julai 2014 hingga 12 Ogos 2014. Seperti biasa, para atlet akan melakukan perkara asas dalam sukan terjun seperti lompatan dan sebagainya. Seramai 7 orang atlet telah dipilih untuk mengikuti program Kem Bakat 2014 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 25 - 28 Ogos 2014 nanti. Latihan juga memfokuskan kepada rutin-rutin wajib dalam sukan terjun sebagai persediaan para atlet yang terlibat dalam Kejohanan Grand Final yang akan berlangsung pada September 2014 nanti. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak


PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL DI JALAN MATANG JAYA, KUCHING

Tarikh: 9 .8. 2014 

Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Jalan Matang Jaya , Kuching.


KEHADIRAN:

1.    Mohamad Ikmal Bin Afandi - SDO

2.    En. Faizal Dzulkaflee– JSM

3.    6 orang atlet


LATIHAN

-       Latihan kayuhan sejauh 65km

-       Kelajuan kayuhan diantara 20 km/h – 40 km/h

 ULASAN

1.    Latihan dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

2.    Berbincang bersama jurulatih tentang persiapan atlet untuk pergi ke Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014.

3.    Kehadiran atlet agak tidak memuaskan disebabkan beberapa kekakangan seperti ada diantara atlet mempunyai kelas tambahan dan juga kurang sihat.


Sekian, terima kasih.

 

Mohamad Ikmal Bin Afandi

SDO Sukan Olahraga

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak