Saturday, January 30, 2016

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN JANUARI BIL 1/2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 1500hrs - 1730hrs
Venue : SMK Merbau, Miri
Pegawai: En. Mohd Faizal Ibrahim (PPN Angkat Berat)
Jurulatih: En. Anthony Bong (JSM), En. Johnathan Patrick (JPM MSN Negeri)
Kehadiran: 8 Lelaki 8 Wanita

LATIHAN
1.Snatch
2.Front Squad
3.Clean & Jerk

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-Tiada

PERALATAN
1. Bar latihan Lelaki 20kg (2 unit)
Kondisi - Berkarat

2. Bar Latihan Wanita 15kg (1 unit)
Kondisi - Berkarat

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Untuk sesi pemantauan kali ini, suatu lawatan telah dibuat ke SMK Merbau, Miri iaitu salah sebuah sekolah di bahagian Miri yang sangat komited dalam menyumbangkan atlet yang berbakat untuk diserapkan ke program utama.

2. JSM memaklumkan bahawa telah dikenalpasti seramai 5 orang atlet wanita yang berumur antara 13-15 tahun mula hadir untuk sesi latihan asas sejak 2 minggu berturut-turut. Jika kehadiran mereka konsisten dan boleh menguasai teknik asas angkatan, JSM akan mendaftarkan nama mereka ke dalam program.

3. Pemeriksaan peralatan latihan juga dilakukan dan didapati Bar latihan untuk lelaki dan wanita sudah berkarat namun masih boleh digunakan untuk sesi latihan. Semua peralatan latihan ini disumbangkan oleh pihak MSN Sarawak.Saya akan menyediakan laporan berkenaan dengan status kondisi peralatan latihan ini kepada penyelaras Sukan Angkat Berat MSN Negeri dan Bahagian serta mencadangkan supaya untuk membeli peralatan latihan yang baru.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju & Olahraga

No comments:

Post a Comment