Tuesday, May 17, 2016

LAPORAN KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016 SUKAN GIMRAMA SARAWAK

Salam Sejahtera

Tarikh : 13 - 15 Mei 2016
Masa : 8.30am - 5.30pm
Venue : Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak

KEHADIRAN
1. Low Fai Jun (JSM MSNS)
2. 4 Orang Atlet

LATIHAN
Tiada

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016, Kuala Terengganu, Terengganu, 12 - 15 Mei  2016

Penyertaan
Little Gymnast (LG) Freehand, Rope & Ball
1. Qaisara Watiqah Valqis binti Mohd Danial Haiqal
2. Karen Chong Han Jing
3. Nicole Jong Jia Xin
4. Christine Wong Sin Lin

Keputusan
Kategori LG - Ball
Qaisara Watiqah Valqis binti Mohd Danial Haiqal
- berjaya mendapat pingat dan menduduki tempat ke-5 daripada 28 atlet yang bertanding dengan kutipan mata 7.400.

Kategori LG - Berkumpulan
Pasukan Sarawak berjaya mendapat pingat dan menduduki tempat ke-4 dengan kutipan mata 59.866.

PERALATAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai 70 orang atlet dari seluruh negeri.

2. Kejohanan pada hari pertama dan kedua bermula pada jam 9.00am dan berakhir pada jam 5.30pm manakala hari ketiga kejohanan bermula pada jam 9.00am dan berakhir pada jam 12.30pm. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada hari kedua dan hari ketiga kejohanan untuk memberikan pingat kepada para pemenang.

3. Pencapaian atlet gimrama sarawak untuk karnival bakat pada kali ini agak baik kerana berjaya mendapat tempat ke-4 secara berkumpulan dan ini merupakan permulaan yang baik.

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Netty ak Elvis
PPN USPTN Sarawak
Sukan Badminton, Tinju & Gimrama

No comments:

Post a Comment