Tuesday, May 31, 2016

LAPORAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2016 - SARAWAK

Salam Sejahtera

Hari pertama kejohanan

Tarikh : 31 Mei 2016
Masa : 2.30pm
Venue : SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan

KEHADIRAN
1. Joseph Anak Harry (JSM)
2. 4 Orang Atlet

LATIHAN
Tiada

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Siri 2/2016
SMK Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan
30 Mei - 3 Jun 2016

Penyertaan
Kategori 38kg (13 - 15 Tahun)
1. Jackson Chambai Anak Ikeh
Bertanding pada bout pertama (1st) dalam pusingan suku akhir menentang Muhammad Alifeffami dari Johor dan telah menang pungutan mata pada pusingan ketiga. Layak ke pusingan separuh akhir dan akan bertanding pada 2 Jun 2016.

Kategori 42kg (13 - 15 Tahun)
1. Walter Dagat Anak Lee@Jelemin
- Bertanding pada bout ke-7 dalam pusingan suku akhir menentang Mohd Riduan Md Razali dari Kelantan dan telah kalah pungutan mata pada pusingan ketiga. Tidak layak ke separuh akhir.

Kategori 46kg (16 - 17 Tahun)
1. Douglas Umal Anak Ali
- Penyertaan untuk kategori ini hanya 6 orang petinju sahaja. Atlet telah 'bye' perlawanan suku akhir dan akan terus bertanding pada peringkat separuh akhir pada 2 Jun 2016.

Kategori 56kg ( 16 - 17 Tahun)
1. Daeloniel Mcdelon Bong
- Atlet telah 'bye' satu perlawanan dan akan terus berlawan di peringkat suku akhir pada hari kedua kejohanan iaitu pada 1 Jun 2016.

PERALATAN
Glove & Head Gear - disediakan oleh penganjur

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai 124 orang atlet dari seluruh negeri.

2. Para petinju telah berkumpul di tempat kejohanan seawal jam 7.30am untuk sesi timbang berat badan dan juga menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum kejohanan diadakan. Undian diadakan pada jam 11.45am selepas semua pemeriksaan dijalankan.

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Netty ak Elvis
PPN USPTN Sarawak
Sukan Badminton, Tinju & Gimrama

No comments:

Post a Comment