Tuesday, October 4, 2016

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TENIS BULAN OKTOBER 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 2 Oktober 2016
Masa : 0800hrs - 1300hrs
Venue : SLTA Center, Kuching
Kehadiran: PPN Sukan Tenis USPTN Sarawak, Mohd Faizal Bin Ibrahim, JSM Tenis USPTN , En. Stevie Anak Din
Kehadiran: 23 orang atlet (15 Lelaki, 8 Wanita)

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
SLTA - LSC Junior Open Leg 3 2016

PERALATAN
-Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN / ISU
1. Kejohanan dalaman ini telah diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 30 September hingga 2 Oktober 2016 yang telah melibatkan seramai 23 orang peserta. Rata-rata peserta yang menyertai kejohanan dalaman ini ialah dalam lingkungan 10 - 14 tahun. Tiada penyertaan untuk atlet 15 - 17 tahun kerana mereka masih sibuk dengan persediaan menghadapi Ujian PT3 dan SPM.

2. Penganjuran kejohanan dalaman yang diinisiatifkan oleh pihak persatuan sukan negeri ini adalah sebagai galakan dan pendedahan awal kepada para-para atlet khususnya atlet dibawah program USPTN yang tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan diperingkat kebangsaan supaya merasai pengalaman bertanding agar mereka dapat mempraktikkan segala teknik dan taktik yang telah diajar oleh jurulatih semasa sesi latihan yang diadakan setiap minggu.

3. Pihak persatuan juga telah memohon peruntukkan kepada USPTN Sarawak dibawah kouta Penganjuran Kejohanan Dalaman bagi mengadakan pertandingan ini.

4. Respon jurulatih kepada PPN bahawa penganjuran kejohanan dalaman seperti merupakan salah satu medium yang baik dalam membantu para jurulatih melihat dan menilai prestasi semasa para atlet disamping mendidik para atlet khususnya atlet yang baru tentang peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi semasa pertandingan.

5. Keputusan penuh kejohanan ini juga boleh dicapai melalui gambar-gambar yang telah dilampirkan.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo,Tinju & Olahraga

No comments:

Post a Comment