Monday, January 20, 2014

Fwd: Pemantauan sukan memanah PLN Sematan

Salam

Tarikh : 16 Jan 2014
Masa : 4.00pm
Venue : Padang Memanah SMK Sematan
Jurulatih : Cikgu Ribep ak. Bisen

Ulasan
Lawatan bersama ketua jurulatih MSNS, En. Abdul Razak b. Yaakub ke SMK Sematan untuk meninjau persediaan Kejohanan Memanah MSS Bhgn. Kuching yang diadakan pada 16 - 18 Jan 2014. Semasa lawatan tersebut, kami berkesempatan berjumpa dengan pengetua sekolah dan beliau memberi kerjasama dan sokongan yang tinggi dengan program yang dijalankan khas nya dalam sukan memanah.

Latihan yang dijalankan seperti biasa namun kehadiran atlet adalah kurang kerana memberi laluan kepada peserta kejohanan untuk menjalani latihan.

Seramai 63 peserta daripada 19 buah sekolah seluruh kuching telah mengambil acara dalam kejohanan tersebut yang melibatkan kategori umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Seramai 4 orang atlet PLN Sematan telah mengambil bahagian.

Perbincangan bersama ketua jurulatih dan jsm, perancangan untuk membuat TID dan klinik memanah akan dibuat dalam masa terdekat. Ini akan melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar daerah Sematan.

Sekian. Terima kasih.




--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
 

Sunday, January 19, 2014

UJIAN KECERGASAN SUKAN MENEMBAK 2014

Tarikh      :  18 Januari 2014
Masa       :  830am - 1130am
Tempat    :  Dewan Suarah Kuching
Kehadiran:  18 Atlet
                  9 Lelaki & 9 Perempuan
Jurulatih  :  Pn Christina Liew (JSM)
Pegawai  :  En Joshua Philip
                 En Awang Fadilah b. Jaya

Antara ujian yang telah dijalankan adalah

1. Anthropometry : Height, Weight dan Armspan
2. Strenght : Handgrip
3.Flexibility : Sit & reach
4.Power: Push up (1 min)
5. Strenght Core: Sit up (1 min)
6.Aerobic : 20m Shuttle run (Beep Test)

Ujian kecergasaan ini di lakukan bertujuan untuk menguji tahap kecergasan atlet serta memantau tahap kecergasan atlet dari masa ke semasa. Komen pegawai ISN yang bertugas mendapati tahap kecergasan atlet sukan menembak memuaskan dan dicadangkan mereka perlu lebih kerap membuat latihan gym.

Laporan disediakan oleh:

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Sunday, January 12, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN BERBASIKAL USPTN SARAWAK JANUARI 2014

Salam dan Selamat Tahun Baru

Tarikh : 11 Januari 2014
Masa : 08:15am - 03:00pm
Tempat : Jalan Kuching - Jalan Puncak Borneo (175km)

Kehadiran
Mohd Faizal Ibrahim (PPN Berbasikal)
Faizal bin Dzulkaflee (JSM Berbasikal)

Atlet
Lelaki : 9 Orang
Perempuan : 3 Orang

Sesi Latihan
  1. Endurance (175km)
  2. Strenght (175km)

Ulasan Sesi Pemantauan
Ini merupakan pemantauan pertama untuk tahun 2014 dimana tahap kehadiran atlet amat baik iaitu seramai 12 Orang. Sesi latihan dilakukan dengan kayuhan sejauh 175km (Dari Kuching ke Puncak Borneo) bagi meningkatkan tahap stamina dan ketahanan atlet.

Dijangkakan seramai 12 orang atlet akan menjalani latihan berpusat di Perlis pada Februari depan bagi persediaan menghadapi SUKMA 2014 nanti.

Sekian, terima kasih.



--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

Monday, January 6, 2014

Fwd: AKTIVITI GOTONG ROYONG LAPANG SASAR MENEMBAK BATU KAWA


Tarikh      : 5 Januari 2014
Tempat    : Lapang Sasar Menembak Batu Kawa
Masa       : 10 pagi
Kehadiran: 12 Atlet
                 8 Ibu Bapa
Pn Christina Liew (JSM)
Cik Chia Cia        (JSM)

Sesi latihan menembak tidak dijalankan pada hari ini. Aktiviti yang telah dijalankan merupakan gotong royong diantara pegawai, jurulatih, atlet dan ibu bapa atlet membersihkan persekitaran kawasan lapang sasar menembak batu kawa termasuk penyelaranggaan bilik stor untuk dijadikan bilik kelas. Setelah dipersetujui dari pelbagai pihak gotong royong telah dijalankan dari 10 pagi hingga jam 5 petang. 

Salah seorang ibu bapa atlet telah menyumbangkan seramai 4 pekerja luar bagi mengendalikan kerja-kerja pembersihan dengan water jet. Pebersihan bilik stor mendapati bilik tersebut berada dalam keadaan usang. Ini disebabkan kesan daripada kebocoran air hujan yang telah menyebabkan banyak barangan seperti kayun telah reput. Sebelum ini bilik stor ini merupakan bilik kelas. Namun begitu tidak menjejaskan peralatan - peralatan yang berharga.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING CRYSTAL BOWL


Tarikh       : 6 Januari 2014
Tempat     : Crystal Bowling
Masa        : 3 pm
Kehadiran : En Reginald Walter JPM
                    En Angelo Koey      JSM
                    En Faizal b. Ibrahim PKU
                    4 Atlet Lelaki
                    6 Atlet Wanita

Latihan dijalan kan seperti biasa. Jurulatih memaklumkan pihak ABAS dengan kerjasama jurulatih-jurulatih di bawah program USPTN dan MSN Sarawak telah mengadakan Pre-Evaluation pada Ahad 5 Januari 2014 jam 8 pagi. Pre-Evaluation ini bertujuan untuk memilih atlet-atlet yang bakal mengikuti Evaluation pada 7 Januari 2014 jam 7 mlm Selasa ini. Seramai 54 orang atlet telah menghadiri pre-evaluation tersebut dan hanya 40 orang atlet telah terpilih untuk mengikuti pemilihan seterusnya.







Disamping itu jurulatih juga memaklumkan Seramai 20 org atlet telah disenaraikan ke dalam pasukan bayangan Sarawak bagi SUKMA 2014. Dan seramai 12 orang merupakan atlet AAA USPTN Sarawak.

Pada 15 Januari 2014 pusat latihan Crystal Bowling akan ditutup sepenuhnya. dan Crystal Bowl akan berpindah ke Megalane Bowl di Jalan Simpang Tiga. 

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)