Monday, January 6, 2014

Fwd: AKTIVITI GOTONG ROYONG LAPANG SASAR MENEMBAK BATU KAWA


Tarikh      : 5 Januari 2014
Tempat    : Lapang Sasar Menembak Batu Kawa
Masa       : 10 pagi
Kehadiran: 12 Atlet
                 8 Ibu Bapa
Pn Christina Liew (JSM)
Cik Chia Cia        (JSM)

Sesi latihan menembak tidak dijalankan pada hari ini. Aktiviti yang telah dijalankan merupakan gotong royong diantara pegawai, jurulatih, atlet dan ibu bapa atlet membersihkan persekitaran kawasan lapang sasar menembak batu kawa termasuk penyelaranggaan bilik stor untuk dijadikan bilik kelas. Setelah dipersetujui dari pelbagai pihak gotong royong telah dijalankan dari 10 pagi hingga jam 5 petang. 

Salah seorang ibu bapa atlet telah menyumbangkan seramai 4 pekerja luar bagi mengendalikan kerja-kerja pembersihan dengan water jet. Pebersihan bilik stor mendapati bilik tersebut berada dalam keadaan usang. Ini disebabkan kesan daripada kebocoran air hujan yang telah menyebabkan banyak barangan seperti kayun telah reput. Sebelum ini bilik stor ini merupakan bilik kelas. Namun begitu tidak menjejaskan peralatan - peralatan yang berharga.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

No comments:

Post a Comment