Wednesday, January 29, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN

Salam.

Tarikh : 28 Jan 2014
Masa : 5.30 pm
Venue : Pusat Kecemerlangan Akuatik
Jurulatih : Rosatimah bt. Muhammad
Xiao Xia
Gracie Junita Terry Pega
Harnani bt. Muhammad
Kehadiran : 15 orang

Ulasan.
Latihan dijalankan seperti biasa iaitu 9 orang atlet USPTN dibawah seliaan JPM Rosatimah dan JLN Xiao Xia. Manakala 7 orang atlet baru dibawah seliaan JPM Gracie dan JPM Harnani.

JPM Rosatimah telah dimaklumkan berkenaan Kejohanan Terjun yang akan diadakan pada bulan Februari. Hasil perbincangan, jurulatih telah menetapkan seramai 6 orang atlet akan mengambil bahagian dalam semua acara. 2 lelaki serta 2 wanita mengambil acara 3m papan anjal berirama.

Jurulatih juga memaklumkan cadangan untuk menghantar atlet Carlsyle Chan Wee Chiek untuk menjalani latihan bersama jurulatih kebangsaan namun masih menunggu keputusan daripada pihak MSNS berkenaan perbelanjaan latihan beliau nanti.

Kemudahan dan peralatan latihan masih tiada perubahan dan masih kekal seperti biasa serta dalam keadaan baik. Setelah berbincang bersama pihak pengurusan kolam, beliau akan menjalankan proses penambahbaikan kemudahan sukan terutama drygym dan diving stand dalam masa yang terdekat.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment