Monday, January 20, 2014

Fwd: Pemantauan sukan memanah PLN Sematan

Salam

Tarikh : 16 Jan 2014
Masa : 4.00pm
Venue : Padang Memanah SMK Sematan
Jurulatih : Cikgu Ribep ak. Bisen

Ulasan
Lawatan bersama ketua jurulatih MSNS, En. Abdul Razak b. Yaakub ke SMK Sematan untuk meninjau persediaan Kejohanan Memanah MSS Bhgn. Kuching yang diadakan pada 16 - 18 Jan 2014. Semasa lawatan tersebut, kami berkesempatan berjumpa dengan pengetua sekolah dan beliau memberi kerjasama dan sokongan yang tinggi dengan program yang dijalankan khas nya dalam sukan memanah.

Latihan yang dijalankan seperti biasa namun kehadiran atlet adalah kurang kerana memberi laluan kepada peserta kejohanan untuk menjalani latihan.

Seramai 63 peserta daripada 19 buah sekolah seluruh kuching telah mengambil acara dalam kejohanan tersebut yang melibatkan kategori umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Seramai 4 orang atlet PLN Sematan telah mengambil bahagian.

Perbincangan bersama ketua jurulatih dan jsm, perancangan untuk membuat TID dan klinik memanah akan dibuat dalam masa terdekat. Ini akan melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar daerah Sematan.

Sekian. Terima kasih.




--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
 

No comments:

Post a Comment