Wednesday, January 29, 2014

LAWATAN MENTERI MUDA SUKAN YB DATUK LEE KIM SHIN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh      : 28 Januari 2014
Masa       : 1600pm
Hari         : Selasa
Tempat    : Pusat Latihan Sukan Tenpin Bowling
                 Megalanes Advanture World
                 The King's Leisure Complex

Kehadiran : Atlet Lelaki 6 orang
                 Atlet Wanita 7 orang

Jurulatih   : En Reginald Walter (JPM)
                 En Angelo Koey     (JSM)
Pegawai   : En Awang Fadilah b. Jaya

Hadir Bersama: YB Datuk Lee Kim Shin
                        Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan                                 Sarawak
                        En Mering Wan
                        Ketua Penolong Setiausaha (Sukan) KPS

Pusat latihan tenpin bowling ini merupakan pusat latihan baru yang mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 2014. Pusat latihan berpindah dari Crystal Bowling BDC ke Megalanes Adventure World setelah Crystal Bowl tutup sepenuhnya pada 15 Januari 2014. Pusat latihan ini mempunyai 26 lane iaitu 12 lane di tingkat 2 dan 14 lane di tingkat 3. Kemudahan pusat  latihan ini adalah serba serbi baru termasuk lane.

Lawatan YB Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Sukan ke pusat latihan kali ini adalah untuk melihat perkembangan persiapan pasukan tenpin bowling Sarawak ke temasya SUKMA XVII Perlis 2014. Beliau juga telah berjumpa atlet secara terus bagi memberi kata-kata perangsang dan semangat dalam mempersiapkan diri untuk temasya SUKMA yang akan berlangsung hanya beberapa bulan saja lagi.

Laporan disediakan oleh
 
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

No comments:

Post a Comment