Saturday, May 21, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Menembak - Mei

Latihan telah diadakan dengan kehadiran 7 orang atlet (3R, 4P).

Latihan yang diadakan lebih tertumpu kepada tembakan 'grouping'. Teknik basic / asas tetap diutamakan untuk membuat tiap-tiap tembakan.

JSM memaklumkan bahawa kahadiran atlet amat kurang memuaskan kerana terlalu banyak aktiviti di sekolah yang terpaksa dihadiri oleh atlet.

Masalah pengangkutan telah dapat dielakkan dengan bantuan daripada MSNegeri. Kenderaan akan mengambil pelajar-pelajar disekitar Bandaraya Kuching pada setiap hari. Manakala atlet dari Pekan Bau pula akan menumpang kenderaan JSM MSNegeri, Encik Ahmad Anai.






Perjumpaan bersama ibu kepada seorang atlet turut diadakan. Puan Eng mencadangkan agar latihan yang lebih baik, terutamanya dalam acara pistol dapat dijalankan memandangkan minat serta kesungguhan anak beliau dalam sukan menembak.

Latihan hari ini turut dihadiri oleh JSM USPTN dan JPM MSNegeri.

Sekian laporan pada kali ini.

Laporan:
Cik Sue (^_*)

No comments:

Post a Comment