Monday, May 9, 2011

Upacara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen USPTN Sarawak

Upacara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen USPTN Sarawak telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah MSNS, Encik Abdul Muktalib bin Haji Mohamad kepada saya selaku Ketua Kontinjen USPTN Sarawak. Antara pasukan yang menghadirkan diri pada upacara tersebut adalah sukan gimnastik artistik, gimnastik gimrama dan tinju.

USPTN Sarawak akan menghantar seramai 34 orang pegawai dan attel dan akan mengambil bahagian dalam lima (5) jenis sukan yang dipertandingkan iaitu memanah (1J, 4A), gimnastik artistik (1P, 1J, 4A), gimnastik gimrama (1P, 1J, 3A), angkat berat (1P, 1J, 3A) dan tinju (1P, 1J, 8A). 


Kontinjen akan bertolak ke Kota Bharu pada esok hari, 10 Mei 2011 dan akan kembali pada 15 Mei 2011. Karnival Pelapis Negeri Sirkit 01/2011 yang akan diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini berlangsung dari 11 Mei hingga 15 Mei 2011.

Penyerahan Bendera Negeri Sarawak daripada Encik Abdul Muktalib kepada Cik Sue.

Pasukan Gimnastik - Artistik bersama SDO, Koordinator dan Jurulatih

Pasukan Gimnastik - Gimrama

Pasukan Tinju


Sekian.


Laporan : Cik  Sue (^_^)

2 comments: