Monday, May 9, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Menembak

Pemantuan telah dilakukan pada hari Sabtu, 07 Mei 2011 di Lapang Sasar Menembak MSNS, Jalan Batu Kawa, Kuching.

Pada latihan hari ini, saya telah mengarahkan JPN MSNS, Encik Ahmad Anai untuk membuat ujian spesifik ke atas atlet yang hadir pada latihan hari ini. Walaupun hanya tiga (3) orang atlet yang hadir, namun ujian tetap dijalankan bagi mengetahui prestasi semasa atlet menjelang bulan Mei.









Tembakan yang diwajibkan adalah sama seperti peraturan yang ditetapkan iaitu 40 tembakan bagi acara Air Rifle dan Air Pistol. Lima (5) tembakan dibenarkan untuk setiap target dan penukaran target dilakukan secara manual oleh jurulatih.

Secara keseluruhannya, ujian berjalan lancar dengan bantuan jurulatih negeri walaupun tanpa kehadiran JSM USPTN.


Laporan: Cik Sue (^_^)

2 comments:

  1. Salam, kmk nak nanyak, umo kmk udah lepas 21 tapi kmk minat dgn sukan menembak tok, boleh join ka? Tempat ktk orang tebuka dgn atlit sekolah ajak ka?Orang luar xda tempat ka? Mun xda tempat untuk org luar boleh bagitau kamek cne lagik tempat belaja menembak utk beginner? please emel kat kmk k.

    ReplyDelete