Thursday, May 5, 2011

Pemantauan & Pemeriksaan Peralatan PLN Memanah SMK Sematan

Tempat            :         Lapang Sasar Memanah SMK Sematan
Tarikh              :         30 April 2011
Hari                 :         Sabtu
Waktu              :         9 Pagi
Kehadiran Atlet        2 L 4 W
Jurulatih          :          En. Ribep ak Bisen
SDO               :          En. Awang Fadilah

Latihan sedang giat dijalankan bagi menghadapi Kejohanan MSSS dan Karnival Pelapis Sirkit 1/2011.  SMK Sematan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Sarawak yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2011. Seramai 14 orang atlet Pelapis Negeri akan menyertai kejohanan tersebut iaitu 7 orang atlet daripada pusat latihan SMK Sematan dan 7 orang atlet daripada pusat latihan Kuching Indoor Archery Academy (KIAA). Peralatan dan lapang sasar memanah telah disusun atur mengikut peraturan pertandingan yang telah ditetapkan.








Bagi penyertaan ke Karnival Pelapis Negeri Sirkit 1/2011, USPTN Sarawak akan menghantar seramai 5 orang atlet 2 orang atlet daripada Kuching Indoor Archery Academy (KIAA) dan 3 orang atlet daripada SMK Sematan.

Sekian, terima kasih.


Laporan Oleh:
Awang Fadilah b. Jaya
PPN Memanah

No comments:

Post a Comment