Thursday, February 13, 2014

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ANGKAT BERAT, ARENA SUKAN KUCHING


Salam

Tarikh : 10 Februari 2014 ( Isnin )
Venue : Gim Angkat Berat, Arena Sukan
Masa  : 10.30 pagi

Kehadiran : 8 atlet ( 6 lelaki & 3 wanita )
                      JPM MSNS - En. Edmund Yeo

Dua sesi telah diadakan pada hari tersebut iaitu sesi pagi dan sesi petang. Atlet menjalani latihan 'specific strength'. Jurulatih memantau setiap angkatan yang boleh dilakukan oleh setiap atlet.

Sepanjang latihan, semua atlet mempunyai peningkatan melalui angkatan yang telah dilakukan pada setiap program. Atlet- atlet tersebut sedang menjalani latihan pusat bagi persediaan SUKMA XII Perlis 2014. Selepas latihan semua atlet membersihkan gim sebelum meninggalkan tempat latihan.

Sekian, terima kasih.



Sent from Samsung tablet

Tuesday, February 11, 2014

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Salam

Tarikh : 8 February 2014 ( Sabtu )
Kehadiran : 9 atlet

Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova Momchilova


Sesi latihan diadakan pada 9 pagi hingga jam 12 tgh. Program latihan jurulatih pada hari tersebut ialah teknik ( skill ) acro dan teknik baru bagi setiap gimnas. Teknik tersebut telah di lakukan semasa melakukan rutin di setiap apparatus. Semua gimnas diwajibkan untuk membuat latihan senaman lantai dan latihan memperbaiki kelemahan teknik di apparatus yang lain.

Seorang atlet telah mengalami 'muscle strain' pada hari tersebut dan tidak dapat untuk melakukan teknik dan rutin yang spesifik. Atlet tersebut hanya melakukan latihan ringan supaya tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk lagi.

Sekian, terima kasih.                                                             


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Monday, February 10, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh      : 8 Februari 2014
Hari         : Sabtu
Kehadiran: atlet 8 lelaki
                        6 perempuan
Jurulatih  :
Pn Christina Liew
En Amnad Anai
Cik Chee Cia Cia

Teknikal :
En Awie

Latihan telah dijalankan pada 2 sesi iaitu pagi jam 9 - 1130 pagi dan sesi petang jam 2 - 430 petang. Pada sesi sebelah pagi jurulatih telah membuat latihan bagi 10 meter Air rifle dan air pistol. Bagi sesi petang pula latihan adalah untuk .22 sport pistol lelaki dan wanita dan .22 3 position rifle wanita.

Pada sesi latihan hari ini juga telah diadakan perjumpaan dengan jurulatih dan armour pada sebelah tengah hari bagi membincangkan program talent spot. Antara perkara yang dibincangkan adalah persiapan teknikal untuk pertandingan talent spot serta cadangan tarikh yang sesuai untuk perlaksanaan program.

--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Thursday, January 30, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT NEGERI SARAWAK

Salam

Tarikh : 28 Januari 2014 ( Selasa )
Masa : 9.30 pagi
Venue : Gimnasium Angkat Berat, Arena Sukan

Kehadiran :
1 ) JPM MSNS - Edmund Yeo
2 ) ISN - Joshua Philip
3 ) Atlet : Lelaki ( 5 org )
               Wanita ( 3 org )

Ulasan :

Ujian kecergasan telah dilakukan ke atas semua atlet dan telah dikendalikan oleh pegawai dari ISN Satelite Kuching, En.Joshua Philip. Hanya beberapa jenis ujian yang dijalankan ke atas kumpulan atlet ini mengikut kesesuaian tahap latihan yang telah dijalankan. 

Ujian yang dilaksanakan adalah untuk menguji tahap 'power' dan  'strength' atlet dan berdasarkan perbincangan bersama JPM Sukan Angkat Berat. Ini adalah untuk mengelak kecederaan dan kesan kepada fizikal yang boleh mempengaruhi angkatan atlet pada fasa latihan sekarang dimana sesi latihan mereka adalah lebih intensif dan lebih fokus.

Antara ujian yang dijalankan ialah :

1 )Tinggi 
2 ) Berat
3 ) Arm Span
4 ) Body Mass Index (BMI)
5 ) Hand Grip
6 ) Sit & Reach -Flexibility 
7 ) Vertical Jump
8 ) 1 RM Testing


Sekian, terima kasih.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Wednesday, January 29, 2014

LAWATAN MENTERI MUDA SUKAN YB DATUK LEE KIM SHIN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh      : 28 Januari 2014
Masa       : 1600pm
Hari         : Selasa
Tempat    : Pusat Latihan Sukan Tenpin Bowling
                 Megalanes Advanture World
                 The King's Leisure Complex

Kehadiran : Atlet Lelaki 6 orang
                 Atlet Wanita 7 orang

Jurulatih   : En Reginald Walter (JPM)
                 En Angelo Koey     (JSM)
Pegawai   : En Awang Fadilah b. Jaya

Hadir Bersama: YB Datuk Lee Kim Shin
                        Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan                                 Sarawak
                        En Mering Wan
                        Ketua Penolong Setiausaha (Sukan) KPS

Pusat latihan tenpin bowling ini merupakan pusat latihan baru yang mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 2014. Pusat latihan berpindah dari Crystal Bowling BDC ke Megalanes Adventure World setelah Crystal Bowl tutup sepenuhnya pada 15 Januari 2014. Pusat latihan ini mempunyai 26 lane iaitu 12 lane di tingkat 2 dan 14 lane di tingkat 3. Kemudahan pusat  latihan ini adalah serba serbi baru termasuk lane.

Lawatan YB Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Sukan ke pusat latihan kali ini adalah untuk melihat perkembangan persiapan pasukan tenpin bowling Sarawak ke temasya SUKMA XVII Perlis 2014. Beliau juga telah berjumpa atlet secara terus bagi memberi kata-kata perangsang dan semangat dalam mempersiapkan diri untuk temasya SUKMA yang akan berlangsung hanya beberapa bulan saja lagi.

Laporan disediakan oleh
 
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)