Tuesday, October 7, 2014

LAPORAN MESYUARAT JKK SUKAN PELAYARAN USPTN SARAWAK

Assalam

Tarikh : 3 Okt 2014
Masa : 4.00pm
Venue : Pejabat Majlis Sukan Bahagian Miri
Kehadiran : Mohd. Faizal b. Ibrahim ( Pemangku Ketua Unit USPTN )
                    Gloria James ( Pen. Pengarah MSB Miri )
                    Abdul Samad b. Rosli ( Jabatan Pendidikan Negeri )
                    Aric Philbert ( Koordinator Pelayaran MSNS )
                    Harifen b. Hj. Mansor ( Persatuan Pelayaran Sarawak )
                    Mohd. Saffuan b. Abd. Razak ( PPN Pelayaran USPTN )

Agenda Mesyuarat :
1. Laporan SDO Aktiviti Jan - Jun 2014
2. Pusat Latihan / Kemudahan Latihan
3. Peralatan Perahu Layar
4. Program Klinik Pengenalan Sukan Pelayaran
5. Hal-Hal Lain

Rumusan Mesyuarat :
1. Cadangan perlantikan Jurulatih Separuh Masa telah diterima daripada pihak Persatuan dan MSB Miri namun perlantikan hanya dibuat bermula bulan Jun. En. Samsani ak. Teruki daripada SK St. Columba telah dilantik sebagai JSM Pelayaran di bawah program USPTN. Tiada penyertaan pertandingan disertai kerana belum ada atlet yang berkelayakan.

2. Pusat Latihan di Marina Bay. Pihak Persatuan akan membuat perjanjian bersama pihak pengurusan Marina bagi program latihan yang akan dilaksanakan nanti berkenaan tapak lokasi latihan dan simpanan peralatan. Namun tiada caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan. Pihak Pengurusan telah menyediakan satu kontena untuk tempat simpana sementara peralatan perahu layar.

3. Peralatan Optimist tidak lengkap kerana hanya ada bot sahaja. Perbincangan bersama pihak MSNS akan dibuat untuk pembelian peralatanyang lengkap bagi Optimist. Bot laser masih disimpan di stor MSB Miri dan dalam keadaan baik.

4. Program Klinik adalah peringkat permulaan program pelayaran di Miri bagi memperkenalkan sukan tersebut. Tujuan program adalah memperkenalkan sukan tersebut dan matlamat serta hala tuju program selain mencari bakat baru sebagai sasaran SUKMA XIX Sarawak 2016.

5. Tiada isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat. Makluman daripada pihak MSB Miri, cadangan lantikan dua orang jurulatih separuh masa daripada SK. St. Columba di bawah program pelayaran MSNS.

Mesyuarat ditangguh pada jam 5.30 petang.

Sekian terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Memanah. Pelayaran. Tenis.

No comments:

Post a Comment