Saturday, October 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK SARAWAK

7Tarikh : 25 Oktober 2014 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pg - 12.00 tghr
Venue : Dewan Gimnastik, Off Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching

Kehadiran : 
2 JLN - Bogomil Ivanov Momchilov
           - Gergana Kostadinova Momchilova

12 gimnas 

Latihan : 
Warm up 
Latihan Kecergasan

Ujian :
Control Test - Floor Exercise
                       - Balance Beam

Peralatan : 
- Balance Beam ( atlet senior - 4 )
- Floor Exercise ( semua gimnas )
- Adjustable Training Bar ( 4 gimnas )

Kecederaan : 
- Beberapa atlet mengalami sedikit kesakitan di bahagian paha dan pinggang

Program Binaan
- Tiada


Ulasan : 

Sesi ujian Control Test telah diadakan untuk mengukur prestasi atlet bagi persediaan ke kejohanan yang akan diadakan mulai bulan hadapan ( November ). 

3 atlet telah terpilih untuk ' Asean School Games' yang akan berlangsung pada 28 November hingga 7 Disember. Latihan dilakukan merupakan latihan persediaan pasukan ke Kejohanan Sport Excel dan Kejohanan Kebangsaan pada pertengahan November nanti.

Jurulatih turut memaklumkan peraturan program yang tidak tetap dan penganjuran kejohanan yang terlalu kurang telah menggangu perancangan program yang dirangka lebih awal.

Kenaikan berat badan dikalangan gimnas telah menimbulkan kerisauan jurulatihan dan ia mempengaruhi tahap prestasi dan turut boleh menyebabkan kesakitan / kecederan di kalangan gimnas.

Atlet turut dinasihatkan untuk mengambil diet yang bersesuaian dan seimbang untuk lebih sihat serta mengelakkan kecederaan yang lebih teruk dimana ia akan memberi pengaruh kepada prestasi semasa latihan dan kejohanan.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh; 
Dedia Sarini Ahmad
Peg. Pembangunan Negeri 
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment