Tuesday, October 7, 2014

LAPORAN PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN PELAYARAN 2014

Assalam

Tarikh : 4 Okt 2014
Masa : 8.30am - 2.00pm
Venue ; SK. St. Columba, Miri.
Kehadiran : En. Mohd. Saffuan b. Abdul Razak
                    En. Mohd. Faizal b. Ibrahim
                    En. Harifen b. Mansor
                    En. Aric Philbert
                    Cik. Gloria James
                    Guru Besar Sk. St. Columba
                    En. Samsani ak. Teruki (JSM)
                    Urusetia (16 orang)
                    Pelajar (39 orang)

Perlaksanaan Program
1. Taklimat berkenaan pengenalan dan peranan USPTN dalam pembangunan sukan di negeri Sarawak. Para pelajar dan guru dijelaskan matlamat dan hala tuju USPTN dan MSN dalam melaksanakan program sukan di peringkat negeri dan dalam usaha pencarian bakat baru sebagai sasaran ke SUKMA XIX Sarawak 2016 serta ke peringkat lebih tinggi. Pelajar juga dimaklumkan dengan jenis latihan yang akan dilalui, peringkat demi peringkat sehingga melayakkan diri untuk ke kejohanan kelak.
 
2. Pada sesi demo, pihak kami terpaksa menggunakan bot laser kerana ketiadaan bot optimist yang lengkap. Taklimat diberi oleh En. Ryan Belulok Dodge-Wan (bekas atlet Sarawak sukan Pelayaran ke SUKMA XII Terengganu 2008) serta dibantu oleh En. Arifin (Persatuan Pelayaran Sarawak). Pelajar didedahkan dengan jenis peralatan, cara pemasangan, cara mengawal bot dan jenis latihan yang akan dijalankan kelak. Menurut En. Ryan, walaupun bot laser tersebut bukan untuk pelajar baru namun cara kawalan adalah tidak jauh berbeza. Pelajar sedia maklum bahawa bot yang akan digunakan pada peringkat permulaan latihan adalah bot Optimist. 

Acara diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada semua yang terlibat. Pihak USPTN dan MSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dam komitmen yang telah diberi oleh pihak sekolah bagi menjayakan program tersebut. Rancangan untuk melaksanakan lagi program Klinik Pelayaran akan dibuat pada tahun hadapan. Insyaallah.

Sekian terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Memanah. Pelayaran. Tenis.

No comments:

Post a Comment