Monday, September 29, 2014

PEMANTAUAN SUKAN RENANG DI KOLAM RENANG KELAB GOLF SARAWAK (KGS) KUCHING

Salam

Tarikh: 27 September 2014
Masa: 07:15pm - 08:15pm
Tempat: Kolam Renang Kelab Golf Sarawak (KGS), Kuching

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
  1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim - PPN USPTN Sukan Renang
  2. En. Aaron Chua Chen Hock - JSM USPTN Sukan Renang
  3. En. Gary Lau Yee Lee - JPM Sukan Renang MSN Sarawak
Kehadiran Atlet
  1. 7 - Lelaki
  2. 6 - Wanita
Ulasan
Untuk sesi latihan hari ini, seramai 13 daripada 15 orang atlet telah hadir berlatih. Sesi latihan dijalankan seawal jam 6:30pm kerana jurulatih mahu memberikan latihan tambahan kepada para atlet bagi menghadapi Pertandingan Dalaman Sukan Renang Antara Sekolah-sekolah 2014 anjuran USPTN bersama MSN Sarawak, Persatuan Renang Amatur Negeri Sarawak dan Persatuan Renang Amatur Kota Samarahan yang bakal diadakan pada 4 - 5 Oktober 2014 bertempat di Pusat Akuatik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching yang akan melibatkan semua atlet daripada PLN Kuching.

Sesi Latihan
  1. Sesi latihan diadakan adalah seperti berikut :-
  2. 300m warm up
  3. 12 x 100m butterfly, backstroke, breaststroke,Freestyle
  4. 3.5 x (6 x 50m) 4 own stroke, 2 2nd own stroke
  5. 400m own stroke kick
  6. 12 x 100m free pull (paddle)
  7. 200m warm down

Sekian, terima kasih.

--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

1 comment:

  1. salam sejahtera..maaf tumpang tanya, bagaimana dan bila biasanya pemilihan athlit renang ini diadakan ?

    ReplyDelete